Tarikh: 3 Mac 2012
Tempat : Dewan Sri Rimau
Masa: 7.20 - 10.20 pagi/10.40 - 12.10 tengah hari
Anjuran : Unit HEM
VIDEO
Penceramah : En Ahmad Tajudin Salleh
TAHUN 4: TOPIK 1 : Perbezaan dadah , ubat dan racun . TOPIK 2 : Jenis - jenis dadah , inhalan dan air daun ketum / biak . TOPIK 3 : Kesan dan akibat penagihan dadah .
TAHUN 5: TOPIK 1 : Faktor - faktor penagihan dadah . TOPIK 2 : Faktor penagihan dadah : pengaruh rakan sebaya . TOPIK 3 : Amalan gaya hidup sihat .
TAHUN 6: TOPIK 1 : Masalah dadah semasa . TOPIK 2 : Kesan penggunaan dadah dari aspek sosial , ekonomi , keselamatan dan kesihatan TOPIK 3 : Undang - undang dan hukuman dadah di Malaysia .
SEJARAH PENGGUNAAN DADAH OPIAT
Dadah Opiat atau Narkotik ini telah digunakan oleh manusia sejak dahulu kala lagi . Dalam tahun 4000 SM telah mencatatkan sejarah penggunaan candu yang pertama di dunia . Catatan ini terdapat di batu berukir Sumeria dari Mesopotamia . Orang-orang Mesir juga telah menggunakan candu . Orang-orang Mesir juga telah menggunakan candu . Orang - orang Arab menggunakan candu sebagai ubat dan sebagai dadah yang menghayalkan . Dadah juga digunakan sebagai bahan pelali dalam pembedahan otak oleh orang dahulu kala .
Opiat diperolehi daripada getah buah Popi yang berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia . Daripada getah buah popi ini akan menghasilkan candu , morfin , heroin dan kodien . dalam kurun Masihi ke-9 , pokok popi mula ditanam di India dan China . Ia tumbuh dengan suburnya . Kemudian penggunaan candu telah merebak ke Eropah melalui perkembangan perdagangan dan juga peperangan . Ketagihan Laudanum iaitu sejenis bahan larut alkohol yang mengandungi candu telah merebak ke Britain . Laudanum ini telah dihasilkan oleh Paracelsus yang berbangsa Swiss dalam tahun 1541 . Ia digunakan untuk melegakan kesakitan .
Dalam kurun ke-18 , orang Cina merupakan bangsa yang paling ramai menggunakan candu . Dinasti Manchu yang memerintah China pada masa itu telah cuba menghadkan pengimportan candu dari India , memandangkan ketagihan candu membahayakan kesihatan . Pada tahun 1839 , Kerajaan Manchu telah menahan kapal-kapal British yang membawa candu dan merampas muatannya . Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Candu Pertama (1839-1842) di antara China dengan British . Peperangan ini ditamatkan dengan Perjanjian Nanking pada tahun 1842 . Kemudian pada tahun 1852 meletus pula Perang Candu Kedua (1852 - 1858 ) di antara China dengan British . Perang Candu Kedua ini ditamatkan dengan Perjanjian Tientsin pada tahun 1858 dan hasilnya candu boleh diimport ke China dengan dikenakan cukai yang tinggi . Keadaaan ini menyebabkan berlakunya penyeludupan candu ke negeri China dan jenayah-jenayah lain yang berkaiatan dengan pengedaran dan penyeludupan candu .
Penggunaan candu sebagai ubat telah digunakan di Britain dengan berleluasa . Pada tahun 1868 , Akta menghadkan penjualan candu kepada farmasi telah dikuatkuasakan . Pada tahun 1869 amaran kepada orang ramai menegnai bahaya candu ini telah dikeluarkan melalui 'Beeton's Book of Household management ' kerana penggunaan ubat yang mengandungi candu telah menjadi-jadi tetapi bahan - bahan ini terus digunakan dan mudah diperolehi di kedai-kedai ubat .
Dalam tahun 1806 Morfin telah dihasilkan dari candu oleh seorang ahli farmasi berbangsa Jerman yang bernama Wilhelm Seturner . Dalam Tahun 1853 , jarum suntikan telah diperkenalkan dan telah digunakan untuk menyuntik morfin . Dalam tahun 1874 , heroin dihasilkan dari morfin dan dalam tahun 1898 , ia mula dijual oleh Syarikat bayer di Jerman . Pada mulanya Heroin dipercayai tidak menagihkan dan telah digunakan dengan meluasnya di seluruh dunia tetapi akhirnya kesan ketagihan amat ketara sekali .
SEJARAH PERANG CANDU
Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, yang merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara Dinasti Qing dibawah China dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada penyeludupan candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertama dari 1839 sehingga 1842 dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860.
Candu, adalah sesuatu yang tidak diharamkan bagi negara United Kingdom, candu diseludup oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China dengan mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan.
Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan keatas layanan yang diberikan keatas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
APA ITU OPIUM @ CANDU
Opium atau Candu ialah hasil dari cairan berupa susu yang kering dan dikeluarkan dari bunga popi yang muda (papaver somniferum). Pokok ini ditanam terutamanya di negeri-negeri Timur Tengah dan Asia. Dalam bentuk asalnya, Candu adalah berwarna, melekit-lekit, berbau wangi dan berupa tar. Kodein, Morfin dan Heroin yang merbahaya yang dibuat dari Candu dan lain-lain darinya dipanggil dadah narkotik. Candu adalah satu daripada dadah-dadah yang tertua yang digunakan oleh manusia. Candu juga dikenali dengan ‘O’, Pen Yan, Hop, Tar, Black Stuff, Opium, Madat.
KESAN OPIUM@CANDU
Kesan Candu sama seperti heroin dan morfin tetapi perasaan ‘khayal’ penagihnya adalah lebih rendah. Disamping itu penagih akan melatah yang dibuat-buat dan diikuti dengan merasa mengantuk dan lesu. Pemikiran dan pertimbangannya adalah berkurangan, pergerakannya tidak seimbang dan tindakbalasnya lambat. Candu dan lain bahan yang dihasilkan oleh Candu adalah ubat tekanan jiwa kepada sistem saraf pusat yang menyebabkan gerakan nadi menjadi lambat. Penagih biasanya dalam keadaan khayal, mimpi dan diiringi dengan halusinasi. Mata hitam menjadi kecil dan warna kulit menjadi merah sedikit. Pengguna yang sekali sekala menghisapnya ada terdapat rasa mual dan muntah-muntah. Candu juga menyebabkan hilang selera makan dan kemudiannya menjadi sembelit.