Thursday, January 28, 2016

KATA ALU- ALUAN GURU BESAR





Haji Abd Aziz bin Haji Saidin

KATA ALU- ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera…
Alhamdulilah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya hari ini kita semua dapat berkumpul sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rimau kali ke -12.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa PIBG yang telah banyak bertungkus-lumus terutamanya dalam melancarkan perjalanan program–program penting sepanjang tahun 2015 seperti Program Basikalthon yang mendapat sambutan yang baik daripada pihak ibubapa.Selain itu, pihak PIBG juga telah banyak menyumbang tenaga,idea dan bekerjasama dalam memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak PIBG telah memberikan impak yang amat besar dalam mencipta kecemerlangan akademik SKBR sepertimana peningkatan bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2015 telah memberikan satu lonjakan kepada SKBR. Semoga kerjasama dan komitmen daripada PIBG akan berterusan dan mampu membuahkan hasil yang lebih cemerlang pada masa akan datang insha Allah.
Akhir kata, semoga PIBG SK Bukit Rimau akan terus menjadi satu platform yang memberikan manfaat kepada semua ahli dan menjadi medium penyatuan ukhwah dalam kalangan ibubapa dan guru-guru.

Sekian, terima kasih.



Tuan Haji Abd Aziz bin Haji Saidin
Guru Besar
SK Bukit Rimau.




KATA KATA ALUAN YDP PIBG SK BUKIT RIMAU





En Mohd Khusyairi bin Abdul Aziz
KATA KATA ALUAN YDP PIBG SK BUKIT RIMAU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan salam 1 Malaysia
Syukur dipanjat kepada Illahi yang telah mengizinkan kita bertemu untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 sesi 2015/2016 Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Tuan Haji Abd Aziz bin Hj Saidin di atas sumbangannya dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah selama ini. Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang terlibat dalam mesyuarat PIBG kali ini kerana sudi memberi kerjasama dan cetusan idea untuk kecemerlangan SKBR. Penglibatan semua pihak akan dapat merealisasikan kecemerlangan murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam pendidikan sepanjang hayat. Dengan ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,jasmani,intelek dan emosi. Nilai saling bekerjasama dan kesepakatan dan saling melengkapi daripada ibu bapa dan guru-guru akan meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah SKBR.Alhamdulillah,tahniah di atas kejayaan UPSR 2015 .
Menekankan peranan PIBG dengan membawa moto PIBG Pencetus Idea Berjiwa Gemilang iaitu untuk membantu perkembangan murid,menjaga kebajikan murid-murid,menambah sumber kewangan bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta meningkatkan keceriaan dan keselamatan sekolah serta dapat mewujudkan suasana yang selesa bagi tujuan membantu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ke arah Sentiasa Yang Terbaik.
Saya dengan penuh harapan menyeru kerjasama ibu bapa dan guru-guru dalam PIBG untuk kebaikan murid-murid SKBR agar dapat berkongsi idea,masalah atau maklumat yang mampu menjana kecemerlangan sekolah serta membentuk insan yang luar biasa hebat sebagai pewaris generasi hadapan.

Semoga usaha kita dirahmati dan dilimpahi berkat


Sekian ,terima kasih





KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT SEPANJANG TAHUN 2015/2016






USUL MESYUARAT AGUNG

Bil CADANGAN PENCADANG
1 BIRO PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI/ KURIKULUM
Akademik
Penggunaan cop sebagai tanda bagi kerja rumah murid
T. NAGARAJAN
Harap agar anak beliau diberikan tindakan yang sewajarnya jika melakukan kesalahan untuk membentuk sahsiah
AIZAR
Menyediakan kelas Mandarin berbayar kepada murid yang berminat
AZILAWATI
Wujudkan ’message book’ dan surat info ditampal dalam buku tersebut
MOHAMMAD RIDZUAN
Wujudkan ’whatsapp’/ medium informasi/ laman web/emel/sms antara ibu bapa dan guru kelas terutama tahun 1 untuk sebaran maklumat, komunikasi, info yang jelas serta kecemasan
KARUNAGARAN, MUHAMAD SAPINGI, AZURAIDA, RENNE PRAMILA, MOHD REZUAN, MUHD BAHARUL,OMAR SHAIFULDIN, RAJA SUZALI
Adakan program untuk murid bertutur dalam Bahasa Inggeris
SIVALINGAM
Perjumpaan ibu bapa dan guru kelas diadakan setiap 6 bulan
JEFFARY
Jadual waktu murid perlu jelas
SHAKILA

2 BIRO KEWANGAN DAN KEBAJIKAN/ BIRO 3K / UNIT HAL EHWAL MURID
Kantin
Wujudkan gerai jualan buah- buahan
NURHAYATI
Harga makanan dan minuman mahal
NURHAFEEZA, NOORIZAN, HARYANI, MUHAMMAD IZZWA
Makanan untuk murid terlalu pedas
NURHAFEEZA
Tingkatkan kualiti makanan
Tiada makanan segera, ringan dijual
EZA MARZIAH, HARYANI
STI RODHIAH NOOR
Kebajikan
Mengadakan ’water cooler’di sekolah
NORHAIDA
Wujudkan akaun simpanan untuk murid seperti Tabung Haji/ BSN
NORAFIZAH
Wujudkan kemudahan pondok telefon awam untuk kegunaan murid
HASSANUL BAKTI
Murid solat Zohor dan Asar semasa matapelajaran P. Islam
YUSNIZA
Program Bento Berkhasiat- makanan berkhasiat disediakan siap dibungkus dan murid membayar secara bulanan
SHAFINA
Lebih utama memasang kipas tambahan di dalam kelas dan dewan daripada membina dataran berbumbung
EZA MARZIAH
’Chain link’ yang lentur dibetulkan
EZA MARZIAH
Baiki kerosakan kipas di dewan
EZA MARZIAH
Beg berat dan mohon wujudkan almari atau disimpan oleh guru terutama bagi murid tahun 1.
Mohon makluman buku yang perlu dibawa secara tepat oleh guru matapelajaran.
Hadkan matapelajaran bagi mengurangkan buku yang perlu dibawa
KARUNAGARAN, MUHAMAD SAPINGI, SYAFINAZ, INSANANI, MASHITA

Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan
Mohon kerjasama ibu bapa agar tidak berkumpul di hadapan laluan keluar murid semasa mengambil murid pulang
AHMAD SAINI

Penjual tidak dibenarkan berniaga di hadapan sekolah kerana mengganggu pergerakan murid dan kenderaan
SHAKILA
Laluan/ tempat khas bagi bas, kenderaan persendirian di luar pagar sekolah
SHAKILA
Terdapat najis haiwan dipersekitaran sekolah
EZA MARZIAH

Tandas
Perbaiki dan tingkatkan kebersihan tandas
DODHIANA, HARYANI
Banyakkan tandas duduk
DODHIANA
Tukar kepala paip dan tambahkan getah paip
DODHIANA,ERMIE FAHARINA, ZAHRA CHUA
Tambah bilangan pekerja untuk membersihkan tandas
TEESYARINA
Program cara penjagaan tandas kepada murid
ZAHRA CHUA


3 BIRO SOSIAL DAN SUKAN/ UNIT KOKURIKULUM
Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan murid seperti Hari Kantin
NURUL SHAHIDA










KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-11
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11 SK Bukit Rimau.
2. Bilangan / Tahun : 11 / 2015
3. Tarikh : 31 JANUARI 2015 ( SABTU )
4. Masa : 9.00 PAGI
5. Tempat : Dewan Sri Rimau, SK Bukit Rimau
6. Kehadiran :


BIL NAMA
1 HJ. NOOR PAIZAL BIN MOHAMED ZAINURI
2 NORAIZURA ZAKARIA
3 KHASIDA BT SAMAT
4 MOHD DZAMIR BIN MOHD WAZIR
5 NAJMEE MARLIZA MANSOR
6 MOHD HUSNI BIN SAAD
7 ALESHTON JERMI
8 SURIATI BT MOHD YUNUS
9 KHAIRIN AFZAN BT HUSSIN
10 ABDUL RASHID ZAKARIA
11 MOHAMAD REZAL BIN BAJIRAN
12 SAIFUL BAHARI BIN JALALUDIN
13 MOHAMMAD MUKRIZ KAMAL BIN HASHIM KAMAL
14 W. HASYUSNITA W. YUSUF
15 DOMINIC ALANGRRAM
16 MOHD TARMIZI AHMAD
17 MOHD FADZIL
18 ASLINA ALPI
19 NEELAVANA A/P RAMAN
20 MUHAMMAD NORDIN
21 TULASI LETCHUMI DEVI
22 G.D ARTHUR JAMES WILLIAM
23 MAHA LETCHUMI
24 NOR KHAIRIL B. MUHAMAD BASRI
25 SHARIFAH RADZIAH SYED ALWI
26 MOHD FAZIL BIN MAT TAHIR
27 NORASHIKIN BT ANWAR
28 MOHAMAD KHUSYAIRI B. ABDUL AZIZ
29 SITI RAFEAH BT SELAMAT
30 AZAHARI BIN ABDUL LATIF
31 MOHD MOKHTAR
32 RAJAN
33 ARIBOWO
34 MORGOUL MUTHU
35 FRANCIS SOOSAY
36 FARIDAH ISMAIL
37 AZHAR BIN ABU TALIB
38 SELVARAJ
39 SITI NAIDA SULAIMAN
40 NORHANA BT MOHD
41 JAIS BIN SARUAN
42 ABD HALIM SALEH
43 SYUKRIAH SHAMSUDDIN
44 NORZUBAIDAH BT OSMAN
45 JAYASANKARAN. M
46 NORHASLINA ILLIAS
47 ABD SAMAD MAT
48 MOHAMMAD JAEMI JAAFAR
49 AHMAD FAUZAN MOHD ZAKI
50 SALATHAWATI BT HASSAN
51 MOHD ZAKI
52 ZAINUDIN BIN MUHAMAD ZULKIFLI
53 NORHAIDA MOHD MOKHTAR
54 SHANTY A/P PERIASAMY@MANIAM
55 DIVYA A/P CHANDRA SEGARAN
56 MOHD SYUKRI BIN ISMAIL
57 SALFARIZA BT ISMAIL
58 MOHD ANUAR
59 NORIHAN BT MOHAMAD NASIR
60 ROHAYAH BT SIDI ALI
61 M. IZNI ZUHDI B. MOHAMED RAWI
62 DORIS NESAMALAR
63 NIRMALA DEVI RAJOO
64 G.RAVINDRAN
65 KHAIRULAZUDIN B. SAIDIN
66 SABARIAH BT RAHMATULLAH
67 MUSTAFA KAIMIN
68 AZHARI
69 RAGINI RAMANAIDU
70 PUSPHA A/P RAMAKRISHNAN
71 MAZIAH BT MOHAMED
72 YESSI HJ ANAS
73 MOHAMMAD FAIRUZ BIN TUMARI
74 SHILA ARWINA ROSLAN
75 NURHAYATI BT NORDIN
76 SITI MASKHUROH BT AHMAD TUBI
77 WAN HASNIZA BT WAN ISMAIL
78 RATNA JUHA BT TAMIR
79 SUZILIA BT THARIM
80 MOHD ZAFIZ BIN AZUL ISLAMI
81 ISMAIL FAHMI B. MOHD BAIM
82 AZMAN BIN ZAINI
83 HANAZILA ABDUL HAMID
84 AZIZ DOLLAH
85 NUR HARIMAH KAMSANI
86 EKHWAN JANI
87 FADHILAH MAT DIAH
88 RAHADI B. RANOM
89 MARIANI BT MANSOR
90 SHAZLEEN ABDUL JANAB
91 ROSLAN MD DERES
92 NORIZAH ABDUL MANAF
93 JUNIE ATIKAH MAHARUDIN
94 ANA SALMI AHMAD SALMAN
95 TANTY FARDA MASJUDI
96 NORA BT MOHAMAD
97 NURATIKA BT ABDUL MAJID
98 SYED AZAM FAUZI SYED AHMAD
99 SHABANEENY MAHMUD
100 NORRAZIAH
101 ZULKIFLEE SAARI
102 FAEZAH BINTI MOHD NOOR
103 MARDIANA BT MAT HARUN
104 MOHD NASROM B. MOHAMED@MAT AZIZ
105 ZULKEFLI B. HUSAIN
106 RUHINA BT HAMZAH
107 NORSIAH BT SALLEH
108 AYOB B. ABD MANAF
109 AMIZON AZIZAN
110 SYED FAZLI NIZAM
111 BADRUL HISYAM B. MOHD YUSOF
112 MOHD IBRAHIM B. HASSAN
113 MOHD. SHAFIK B. AZMAN
114 GRIJA DEVI A/P NANDA KUMAR
115 SARATHAA/P SRIKANDAN
116 ARBANUN BT SALLEH
117 NURUL AINI BT MUHALIP
118 ZURAIDAH BT CHE WAN
119 FAIZAL B. SHARI
120 NURUL AINSYAH M. NOOR
121 NURUL HAZLINA BT MOHD SHAMSUDDIN
122 SUKUMARI SARANGAM
123 LEE WAI PIN
124 RAYLEENA ROLAN
125 MASLIA AZURA BT RAMLI
126 SHABARINA TUKIMIN
127 MASETAH BT MD. KASIM
128 CHITARA
129 SITI SUHAILA ABD. LATIF
130 WAN TUTY SAFINAZ ZULKIFLI
131 MAIZATUL ARNIZA MOHDBADRI
132 RIDHWAN IBRAHIM
133 SORAYA NITA OTHMAN
134 EZAHNITA
135 KHAIRUL SYAFIQ
136 NURAHIMAH IBRAHIM
137 OOI GEOK TIN
138 MOHD REDUAN B. AMAT JURANI
139 FAZRIL DEESAM B. ABDUL SAMAT
140 FAZILAH NGASPAN
141 NORHASHIMAH ABDUL RAHMAN
142 NORULHASHIMAH BT HASHIM
143 NORZAMANI MOHD ZIN
144 SUHAILA BT MUNER
145 HALINAH BT MOHD ALI
146 HANIZA ABD KADIR
147 MAIZATUL FAIZAH
148 AHMAD TAJUDDIN
149 NURUL 'AINI IZHARUDIN
150 NOR AZURA ISMAIL
151 TN. HJ. ABD AZIZ BIN HJ. SAIDIN
152 ZARRAMAHAL BIANSING
153 SITI NORAZAMIMAH
154 MUHAMAD ASYRAF B. NOR'AZALAN
155 SHAHARIZA
156 SITI ROHA MAHMUD
157 SITI HAWA
158 ZUBAIDAH BT DAUD
159 HAMIDI MOOKKAIYAH B. ABDULLAH
160 EN. RUHIMI
161 MOHD HAFIZ B. MD HUSSAUN
162 KHAIRUDDIN HAMZAH
163 KAMA NORAKMA
164 SITI SARAH
165 SALINA BT SELAMAT
166 KHAIRNAFIZAH WAHID
167 WAN NURUL SYAKIRAH BT WAN ABDULLAH
168 NORHAFIZAH MOHD YUNOS
169 NUR IDAYU ABDULLAH
170 MUSNI MALISA MUSTAFAR
171 LAILINDA BT REDZUAN PERPINDER
172 HISHAM B. MOHAMMED
173 MOHD AB BASSET BIN ABDUL MAJID
174 ROSNYAZLY B. MAT SALEH
175 SITI ASMAH OMAR
176 ROSEDAH ABDULLAH
177 ROSLINA MAT JUNOH
178 SITI MARYAM BT MD TAJUDIN
179 SITI FATIMAH BT ZAKARIA
180 HAZIRA BT MD HIDZIR
181 SHARISAL B. EDRIS
182 ASRULNIZAN MOHAMAD
183 MARINA TAHIR
184 SUKINAH BT IDRIS
185 SITI RUSILAWATI
186 RUSNITA KHALDIN
187 HASMIZAR
188 AZALINA
189 MUHAMMAD NAIM BIN ZAMZIBA
190 ZURAINA BT OTHMAN
191 W. FAIZUN AZWANI
192 YUSNITA BT MAT
193 ZAILAWATI BT KASIM
194 SITI NORLIZA BT AZIZ
195 ARIZAR BT SARUDIN
196 NORANIZA MOHD MONDZIR
197 SUHAILA MAT ISA
198 ZANIPAH BT JUMARI



MINIT MESYUARAT AGUNG





MINIT MESYUARAT AGUNG

CATATAN MESYUARAT

7.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG

7.1.1 YDP mengucapkan terima kasih atas keadiran ibu bapa.
7.1.2 YDP memaklumkan pencapaian UPSR antara 7 terbaik di Daerah Klang.
7.1.3 YDP memaklumkan beberapa program yang telah dilaksanakan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, antaranya:
- kelas tambahan tahun 6 yang bermula 31 Jan 2015, iaitu hari ini.
- khidmat Rela bagi kawalan keselamatan murid datang dan balik
- Program Sedekad SKBR
- program wakaf kerusi meja di kantin dan naik taraf surau serta program wakaf buku yang dilancarkan hari ini.
- penambahan kipas bagi kegunaan di Dewan Sri Rimau dan turut merancang agar pemasangan penghawa dingin.
- pemasangan projektor bagi kelas abad ke 21.
7.1.4 Beliau mencadangkan agar kutipan sumbangan persekolahan pada sesi 2015 diadakan semasa awal sesi persekolahan agar program sekolah dapat berjalan lancar.

7.2 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat / Ex-Officio
7.2.1 Guru Besar mengalukan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat Agung PIBG Skbr ke 11.
7.2.2 Guru Besar menjelaskan tentang kejayaan UPSR walaupun berlaku penurunan bilangan murid mendapat 5A namun kekal 7 terbaik Daerah Klang dan GPS bawah 2.0.
7.2.3 Guru Besar memaklumkan beberapa perkembanagan terkini pendidikan antaranya pelaksanaan kelas abad ke 21 serta soalan KBAT.

7.3 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10
7.3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cadangan pengesahan : Pn Norsiah bt Salleh
Sokongan pengesahan : Pn Zailawati

7.4 Pembentangan Laporan Aktiviti
7.4.1 Setiausaha membentangkan laporan dan sumbangan PIBG sesi 2014/2015

7.5 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan
7.5.1 Bendahari Kehormat membentangkan laporan kewangan PIBG sehingga 31 Disember 2014.
Cadangan pengesahan : En Badrul
Sokongan pengesahan : Pn Sarani

7.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2014 / 2015
7.6.1 YDP mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2014 / 2015 secara rasmi.

7.7 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
7.7.1 Mesyuarat bersetuju melantik Tn Hj Noor Paizal sebagai pengerusi sementara
Pencadang : Tn Hj Noor Paizal
Disokong : Sebulat suara.

7.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2015/ 16
7.8.1 Yang Di pertua
7.8.1.1 En Mohd Khusyairi Bin Abdul Aziz dilantik sebagai YDP.
Pencadang : En. Reduan
Disokong : Pn Haslina

7.8.2 Naib Yang Di Pertua
7.8.2.1 En Azman Bin Zaini telah dilantik sebagai NYDP.
Pencadang : Pn Rahadi
Disokong : En Ikhwan

7.8.3 Setiausaha Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )
7.8.3.1 Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.8.4 Bendahari Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )
7.8.4.1 Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.8.5 Ahli Jawatankuasa ( 6 orang wakil ibu bapa, 5 orang wakil guru )
7.8.5.1 Pelantikan Barisan AJK PIBG sesi 2015/16 adalah seperti berikut :
1. En Mustafa B Kainin
2. En Rahadi B Ranom
3. En Abdul Rashid B Zakaria
4. En Abd Samad B Mat
5. En Ekhwan B Jani
6. Pn Aslina Bt Alpi

7.8.5.2 Barisan AJK PIBG dari wakil guru seramai 5 orang adalah seperti berikut.

- Akan dilantik oleh Guru Besar.
7.8.6 Juru audit
7.8.6.1 Wakil ibu bapa.
Mesyuarat bersetuju melantik juru audit wakil ibu bapa.
1. En Shashi Kumar
Pencadang : Pn Aslina Bt Alpi
Disokong : Pn Tulasi

7.8.6.2 Wakil sekolah
- Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.9 Pembentangan Usul / Cadangan
7.9.1 En Ekhwan mohon penjelasan cara pengurusan kewangan dan kos khidmat Rela yang dilihat melebihi peruntukan sedia ada. Mesyuarat dimaklumkan PIBG mempunyai perancangan kewangan untuk 1 tahun dan kelulusan mengikut keperluan. Bagi khidmat Rela kos yang tidak mencukupi ditampung daripada akaun induk kerana hanya 35% ibu bapa yang menjelaskan bayaran tersebut.

7.9.2 En Shashi mohon penjelasan kejadian murid ditampar. Mesyuarat menjelaskan pihak sekolah telah menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru tersebut.

7.9.3 En Rajan mohon penjelasan tentang bayaran fail, buku transisi dan tanda nama murid. Mesyuarat menjelaskan tentang bayaran tersebut dan akan memastikan bayaran ibu bapa pada kadar yang sesuai. En Azman pula mencadangkan agar diberi kepercayaan kepada pihak sekolah dan PIBG untuk menguruskan kewangan tersebut.

7.9.4 En Jaya mohon penjelasan tentang murid sesi petang yang perlu berkumpul di dewan sebelum masuk ke kelas dan menyebabkan pakaian kotor. Mesyuarat menjelaskan bahawa kelas sedang digunakan oleh murid sesi pagi dan guru- guru akan ditugaskan bagi kawalan murid di dewan setiap hari.

7.9.5 En Faizal mohon agar masalah bekalan elektrik yang sering terputus di aras 1 blok Bestari diselesaikan. Mesyuarat memaklumkan tindakan sedang dan akan diteruskan untuk mengatasi masalah ini.

7.9.6 Pn Sabariah mohon agar pemantauan jualan makanan ringan di kantin diberi perhatian. Mesyuarat memaklumkan tindakan tegas dan segera akan dilaksanakan.

7.9.7 Tn Hj Noor Paizal membentangkan cadangan bertulis yang diusulkan oleh AJK PIBG 2014/15 dan mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menerima usul berikut:

1. Sumbangan PIBG dikekalkan RM50 setiap keluarga dan kutipan sumbangan diadakan pada permulaan sesi persekolahan setiap tahun.

2. Pelaksanaan kelas tambahan dan Gerak Gempur Tahun 6 diteruskan seperti tahun 2014 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan
- Sumbangan Program Tahun 6 dan Gerak Gempur sebanyak RM150 seorang murid.

3. Kelas Tambahan Tahun 5 diteruskan seperti tahun 2014 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan

4. Bayaran keceriaan RM5 setahun bagi setiap murid

5. Bayaran khidmat RELA RM 10 setahun bagi setiap murid

6. Pibg akan melaksanakan program ’Basikalthon’ untuk menambah kewangan PIBG.

7. Pemberian mandat kepada AJK PIBG 2015/16 memberi kebenaran mengutip sumbangan oleh pihak sekolah untuk program di bawah unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan apa jua keperluan yang memerlukan dana tambahan.

7.10 Ucapan Penangguhan.
7.10.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua serta mantan YDP Pibg dan mengharapkan sokongan dari ibu bapa kepada Jawatankuasa yang telah dilantik. Beliau mengingatkan bahawa ilmu amat penting untuk anak- anak dan semuanya memerlukan pengorbanan ibu bapa terutama dari segi masa. Beliau berjanji akan memberi khidmat yang terbaik dan mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk sama membantu.

7.10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengahari.


8. Minit disediakan oleh:
Hasmizar bin Sahaili,
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Bukit Rimau 2014/15


Disemak oleh : Disahkan oleh :


……………………………. …………………………..