Thursday, January 28, 2016

KATA KATA ALUAN YDP PIBG SK BUKIT RIMAU





En Mohd Khusyairi bin Abdul Aziz
KATA KATA ALUAN YDP PIBG SK BUKIT RIMAU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan salam 1 Malaysia
Syukur dipanjat kepada Illahi yang telah mengizinkan kita bertemu untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 sesi 2015/2016 Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Tuan Haji Abd Aziz bin Hj Saidin di atas sumbangannya dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah selama ini. Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang terlibat dalam mesyuarat PIBG kali ini kerana sudi memberi kerjasama dan cetusan idea untuk kecemerlangan SKBR. Penglibatan semua pihak akan dapat merealisasikan kecemerlangan murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam pendidikan sepanjang hayat. Dengan ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,jasmani,intelek dan emosi. Nilai saling bekerjasama dan kesepakatan dan saling melengkapi daripada ibu bapa dan guru-guru akan meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah SKBR.Alhamdulillah,tahniah di atas kejayaan UPSR 2015 .
Menekankan peranan PIBG dengan membawa moto PIBG Pencetus Idea Berjiwa Gemilang iaitu untuk membantu perkembangan murid,menjaga kebajikan murid-murid,menambah sumber kewangan bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta meningkatkan keceriaan dan keselamatan sekolah serta dapat mewujudkan suasana yang selesa bagi tujuan membantu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ke arah Sentiasa Yang Terbaik.
Saya dengan penuh harapan menyeru kerjasama ibu bapa dan guru-guru dalam PIBG untuk kebaikan murid-murid SKBR agar dapat berkongsi idea,masalah atau maklumat yang mampu menjana kecemerlangan sekolah serta membentuk insan yang luar biasa hebat sebagai pewaris generasi hadapan.

Semoga usaha kita dirahmati dan dilimpahi berkat


Sekian ,terima kasih





No comments: