Thursday, January 28, 2016

KATA ALU- ALUAN GURU BESAR





Haji Abd Aziz bin Haji Saidin

KATA ALU- ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera…
Alhamdulilah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya hari ini kita semua dapat berkumpul sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rimau kali ke -12.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa PIBG yang telah banyak bertungkus-lumus terutamanya dalam melancarkan perjalanan program–program penting sepanjang tahun 2015 seperti Program Basikalthon yang mendapat sambutan yang baik daripada pihak ibubapa.Selain itu, pihak PIBG juga telah banyak menyumbang tenaga,idea dan bekerjasama dalam memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak PIBG telah memberikan impak yang amat besar dalam mencipta kecemerlangan akademik SKBR sepertimana peningkatan bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2015 telah memberikan satu lonjakan kepada SKBR. Semoga kerjasama dan komitmen daripada PIBG akan berterusan dan mampu membuahkan hasil yang lebih cemerlang pada masa akan datang insha Allah.
Akhir kata, semoga PIBG SK Bukit Rimau akan terus menjadi satu platform yang memberikan manfaat kepada semua ahli dan menjadi medium penyatuan ukhwah dalam kalangan ibubapa dan guru-guru.

Sekian, terima kasih.



Tuan Haji Abd Aziz bin Haji Saidin
Guru Besar
SK Bukit Rimau.




No comments: