Thursday, March 27, 2014

CARA MUDAH TUNTUT PELEPASAN CUKAI

Gunakan : e-filing




Langkah 1 : Klik : e borang






Langkah 2 : PILIH

Langkah 3: ISI

ISIKAN

KLIK DI BAHAGIAN BAWAH SETIAP MUKA

NOTA
1. Potongan buku, insurans/insuran pendidikan, yuran pendidikan, derma, SSP  dan komputer.
2. Anak pelepasan RM1000/orang
3. Peralatan Sukan- Akta Pembangunan Sukan 1997 
4. Penjagaan Khas ibu bapa ( dengan pengesahan doktor)
5. Fail cukai secara berasingan ( suami isteri)
6. Isytihar pendapatan sewa
7. Sentiasa menyimpan rekod dan dokumenkan segala perbelanjaan yg melibatkan cukai.

Sumber LHDN:


JENIS PELEPASAN INDIVIDU YANG BOLEH DITUNTUT
1. Individu dan saudara tanggungan = RM9,000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa = RM5,000 (Terhad)
3. Peralatan Sokongan Asas = RM5,000 (Terhad)
4. Individu Kurang Upaya = RM6,000
5. Yuran Pendidikan (Sendiri) = RM5,000 (Terhad)
6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati = RM5,000 (Terhad)
7. Pemeriksaan perubatan penuh = RM500 (Terhad)
8. Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan = RM1,000 (Terhad)
9. Pembelian komputer peribadi untuk individu= RM3,000 (Terhad)
10. Tabungan bersih dalam skim SSPN = RM3,000 (Terhad)
11. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan = RM300 (Terhad)
12. Yuran langganan Jalur Lebar = RM500 (Terhad)
13. Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B = C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
14. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri = RM3,000 (Terhad)
15. Suami/Isteri kurang upaya = RM3,500
16. Anak di bawah umur 18 tahun = RM1,000
17. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa = RM1,000
18. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM4,000
19. Anak Kurang upaya - Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM5,000
20. Insuran nyawa dan KWSP = RM6,000 (Terhad)
21. Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) = RM1,000 (Terhad)
22. Insurans pendidikan dan perubatan = RM3,000 (Terhad)


No comments: