Wednesday, February 12, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10



MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9




MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
7.CATATAN MESYUARAT

7.1Ucapan Yang DiPertua PIBG

7.1.1 YDP mengucapkan terimakasih atas kehadiran ibu bapa.

7.1.2 YDP mengingatkan semua yang hadir pada mesyuarat ini sebagai tanggungjawab bersama.

7.1.3 YDP memaklumkan bahawa sumbangan PIBG yang diberikan ibubapa telah digunakan sebaiknya untuk kegunaan murid dalam menjayakan program yang dianjurkan pihak sekolah.

7.1.4 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2012/13 dan mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG 2013/13 yang bakal dilantik. Beliau mengharapkan agar SK Bukit Rimau terus dan lebih cemerlang pada masa akan datang.

7.2 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat / Ex-Officio

7.2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas sokongan PIBG dalam
meningkatkan prestasi sekolah terutama daripada segi kewangan sehingga SK Bukit Rimau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 dikedudukan ke 4 di daerah Klang. Oleh itu, pihak sekolah telah memulakan kelas tambahan bagi murid tahun 6 agar keputusan UPSR terus meningkat.

7.2.2 Guru Besar turut memaklumkan bahawa murid tahun 1,2,3 tidak akan menduduki peperiksaan di bawah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).

7.2.2 Bagi unit Hal Ehwal Murid, Guru Besar memaklumkan antara keperluan murid yang perlu dinaiktaraf ialah penyelenggaraan tandas. Selain itu, pihak sekolah juga akan memantau harga makanan yang dijual di kantin kerana terdapat aduan tentang harga jualan yang tinggi pada tahun 2012.

7.2.3 Program bagi unit kokurikulum juga telah dan akan dipertingkatkan. Antara program yang akan dilaksanakan ialah pengambilan jurulatih luar untuk membimbing pasukan Bola Sepak sekolah. Guru Besar meletakkan harapan tempat ke 3 di Kejohanan MSSD Klang tahun ini.

7.2.4 Selain itu, pihak sekolah sekarang ini sedang mencungkil bakat tokoh- tokoh Nilam melalui Pusat Sumber SKBR untuk mewakili Daerah dan Negeri Selangor.

7.2.5 Guru Besar turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau kerja rumah anak- anak agar sentiasa disiapkan. Semua ini amat membantu kejayaan murid.

7.2.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir, barisan AJK PIBG 2012/13 dan memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan.

7.3 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-8

7.3.1 SetiausahaKehormatmembentangkanminitMesyuaratAgung PIBG SK Bukit Rimau kali ke 8.
Cadangan pengesahan : Pn Nor Aini bt Sulaiman
Sokongan pengesahan : Pn Kasmawati bt Othman

.4 PembentanganLaporanAktiviti

7.4.1 Setiausaha membentangan laporan dan sumbangan PIBG sesi 2012/2013

7.5 PembentangandanPengesahanPenyataKewangan

7.5.1 BendahariKehormatmembentangkanpenyatakewanganPIBG sehingga 31 Disember 2012.
Cadangan pengesahan : Pn Azalina bt Awal
Sokongan pengesahan : En Anuar

7.6 PembubaranJawatankuasa PIBG Sesi 2012 / 2013

7.6.1 YDP mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2012 / 2013 secara rasmi.

7.7 PelantikanPengerusiSementaraMesyuarat

7.7.1 MesyuaratbersetujumelantikTnHj Noor Paizal b Mohamed Zainuri

Pencadang :Pn. Nor AinibtSulaiman
Disokong : Pn. Kasmawatibt Othman

7.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014

7.8.1 Yang Di Pertua

7.8.1.1 Mesyuarat bersetuju melantik Tn Hj Noor Paizal bin Mohamed Zainuri sebagai Yang Di Pertua.

Pencadang : Pn Noor Suhana bt Shamsudin
Disokong : Pn Muzilah bt Zainordin

7.8.2 Naib Yang Dipertua

7.8.2.1 Mesyuarat bersetuju melantik Tn. Hj. Mior Md Salleh bin MiorYusoff
sebagai Naib Yang Di Pertua.

Pencadang : En Jafri b Nordin
Disokong : En Zulkifli b Saari

7.8.3 Setiausaha Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.3.1 En. Hasmizar bin Sahaili dilantik sebagai Setiausaha Kehormat.

7.8.4 Bendahari Kehormat( Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.4.1 En. Ahmad Tajuddin bin Salleh dilantik sebagai Bendahari Kehormat.

7.9.1 Ahli Jawatankuasa ( 6 orang wakil ibubapa, 5 orang wakil guru )

7.9.1.1 Pelantikan barisan AJK PIBG mewakili ibu bapa sesi 2013/2014 adalah
seperti berikut :

1.En. Jafri bin Nordin
2. En. Iswandi bin Dorani
3. En En Azhari Bin Salleh
4. En Samidass A/L Kaliopam
5. Pn Hazlahanie Binti Tahir
6. En Ramlee Bin Ismail

7.10.1 Barisan AJK PIBG dari wakil guru seramai 5 orang adalah seperti berikut.
1. En Mohd Reduan bin Hj Amat Jurani
2. En Muhamad Asyraf bin Nor'Azalan
3. En Ridhwan Bin Hj Ibrahim
4. Pn Fuziah bt Hassan
5. Pn Grija Devi A/P Nanda Kumar

7.11.1 Juruaudit

7.11.1.1 Wakilibubapa.

Mesyuarat bersetuju melantik En Mohd Anuar Bin Mohd Aziz selaku juruaudit wakil ibubapa.
Pencadang:Tn. Hj. Mior Md Salleh
Disokong: En. Zulkiflee b Saari

7.11.1.2 Wakil sekolah
1. En Rosnyazly Bin Mat Saleh

7.9 PembentanganUsul / Cadangan

7.9.1 Terdapat 6 usul bertulis yang dicadangkan oleh AJK PIBG 2012/13.
Usul dibentangkan oleh TnHj Noor Paizal b Mohamed Zainuri.
Mesyuarat bersetuju menerima semua usul sebulatsuara.

1.Sumbangan PIBG dikekalkan RM50 setiap keluarga.

2.Pelaksanaan kelas tambahan dan Gerak Gempur Tahun 6 diteruskan seperti tahun 2012 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan
- Sumbangan Program Gerak Gempur sebanyak RM50 seorang murid dikekalkan seperti tahun 2012.

3. Kelas Tambahan Tahun 3,4,5 diteruskan seperti tahun 2012 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan.

4. Bayaran keceriaan RM5 setahun bagi setiap murid.

5. PIBG melaksanakan kutipan dana berbentuk ‘THON’ atau seumpamanya pada tahun 2013 bagi meningkatkan prasarana dan aktiviti sekolah.

6.Pemberian mandat kepada AJK PIBG 2013/14 memberi kebenaran mengutip sumbangan oleh pihak sekolah untuk program seperti di bawah unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan apa jua keperluan yang memerlukan dana tambahan.

7.9.2 Pn Norijah mengucapkan tahniah atas cadangan pihak sekolah untuk melaksanakan program 5S.
Beliau menawarkan diri untuk membantu pihak sekolah dalam melaksanakan 5S dan menyeru ibubapa yang hadir untuk turut sama menawarkan diri untuk menyumbang terhadap kejayaan sekolah. Selain itu, beliau turut menawarkan diri untuk memberi bimbingan dalam Pandu Puteri Tunas berdasarkan pengalaman sebagai jurulatih Kebangsaan.

7.9.3 Pn Aslina Alpi mohon penjelasan pihak sekolah tentang penutupan pintu pagar B dan mohon pihak sekolah memberi perhatian terhadap murid sesi petang yang berkumpul di dewan sebelum bermula PdP kerana tiada pengawasan guru.Guru Besar menjelaskan bahawa penutupan pintu pagar B adalah bertujuan mengurangkan risiko kemalangan semasa murid hadir dan pulang. Tindakan diambil berdasarkan aduan ibubapa. Namun pihak sekolah akan membincangkan dan boleh dibuka semula jika ada keperluan. Bagi kawalan murid di dewan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menyusunatur semula kawalan guru dan akan dipantau oleh GPK Petang.

7.10 Hal-hal Lain

7.10.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa, guru, barisan AJK yang hadir.Pihak sekolah akan cuba meningkatkan lagi kejayaan sekolah dalam semua bidang.

7.11 UcapanPenangguhan.

7.11.1 YDP mengucapkan terimakasih kepada semua dan mengharapkan sokongan dari ibubapa kepada Jawatankuasa yang telah dilantik. Beliau juga berharap agar pihak ibubapa mahu pun sekolah dapa tmemberikan komitmen terbaik demi anak-anak.

7.11.2 YDP mengalu-alukan sebarang cadangan berkaitan PIBG dari semua pihak disalurkan mengikut cara yang betul. Cadangan boleh terus dibuat melalui talian 0122778922.

7.11.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00tengahari.

8.Minit disediakan oleh:

Hasmizar bin Sahaili,
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Bukit Rimau 13/14
9.Tarikh minit mesyuarat disediakan : 5 MAC 2013.


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9