Tuesday, February 28, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR JAN - FEB




Berdoa dan bermunajatlah kehadrat Allah SWT semoga Allah menjadikan masa dan umur kita berkat di sisiNya. Semakin bertambah umur semakin banyak kebaikan dapat kita berikan dan semakin terbina kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hati yang disaratkan dengan iman dan takwa akan mendapat ketenangan, keberkatan dan rahmat yang tiada putus-putus daripada Allah SWT.

PASUKAN BOLA SEPAK SKBR MENUJU FASA KEJAYAAN





Sunday, February 26, 2012

e operasi

Sila klik banner ini untuk ke laman Sistem e-Operasi

Guru Besar SK Bukit Rimau

Mulai 1 Disember 2011, SK Bukit Rimau menerima guru besar baru Tn Hj Abd Aziz Hj Saidin yang sebelum ini bertugas di SK Batu Unjur, Klang.

Friday, February 24, 2012

11 April hari kelepasan am tambahan


11 April hari kelepasan am tambahan


2012/02/24

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara. 

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - BERNAMA

JADUAL NILAM & GURU BERTUGAS MINGGU 27 FEB -2 MAC



Wednesday, February 22, 2012

KEMPEN DERMA BUKU

2012-Kempen Derma Buku diteruskan.Kepada yang berminat untuk menderma buku-buku, serahan kepada guru-guru kelas anak masing-masing.

Sunday, February 19, 2012

Saturday, February 18, 2012

Friday, February 17, 2012

USUL BERTULIS


USUL BERTULIS

Sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM50.00 untuk setiap pelajar
USUL Amira bt Mohd Noor

Sumbangan PIBG dinaikkan RM100 sekeluarga
USUL Mohd Zul Azree b Painan

Pelaksanaan kelas tambahan dan Gerak Gempur Tahun 6
- RM30 sebulan untuk 4 matapelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan
- Sumbangan Program Gerak Gempur sebanyak RM50 seorang murid
Kelas Tambahan Tahun 3,4,5
- RM30 sebulan untuk 4 matapelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan
Pemberian mandat kepada AJK PIBG 2012/13 memberi kebenaran mengutip sumbangan oleh pihak sekolah untuk program seperti di bawah unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan apa jua keperluan yang memerlukan dana tambahan.

USUL Ajk PIBG 2011/12

USUL BERTULIS & JAWAPAN USUL


USUL DAN JAWAPAN

PENTADBIRAN


Mesyuarat Agung / Perjumpaan ibu bapa
- diadakan pada hari Ahad kerana ada pekerja swasta bekerja pada hari Sabtu
Jawapan
Mesy Agung PIBG ke 6 telah diadakan pada hari Ahad namun kehadiran ibu bapa tidak menggalakkan

- perjumpaan ibu bapa diadakan semasa cuti/ kelepasan Am
- perlukan salinan minit mesyuarat Agung tahun lepas kerana tidak dapat hadir
- edaran minit mesyuarat Agung kepada ibu bapa
- Harapkan mesyuarat lancar dan mengharapkan tidak lama semasa penelitian minit dan sesi pelantikan Ajk. Lebih ditumpukan untuk cadangan dan komen tentang persekolahan anak- anak.
- mohon edaran surat program yang memerlukan kehadiran ibu bapa diberi awal untuk memudahkan permohonan cuti
Jawapan
- akan dipertimbangkan
- sila muat turun di http://pusatsumberskbr.blogspot.com/
- insyaAllah dengan kerjasama semua yang hadir
- akan diusahakan untuk kemudahan semua

Kedai Buku
- baiki perkhidmatan kerana sering kehabisan stok
Jawapan

- telah diambil tindakan oleh Guru Besar.

KURIKULUM

Jadual Waktu
- rehat sesi petang singkat dan perlu lebih masa untuk solat Zohor dan dicadangkan agar solat pada masa Pend. Islam
- Kelas Tasmik dimasukkan dalam jadual persekolahan
- diseragamkan dan dicepatkan waktu balik
-kelas tasmik bagi pelajar sesi petang dianjakkan kerana pelajar pulang dari sekolah agama pada 11 pagi
Jawapan
- jumlah jam waktu pembelajaran adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pelajaran Malaysia

Buku Teks
- diikat semasa edaran kepada pelajar
- sering dapat buku yang rosak
Jawapan
- akan dipertimbangkan
- buku terhad dan buku digunakan secara bergilir.
-inisiatif sekolah untuk membaikpulih buku.

Majalah Sekolah
- penerbitan majalah sekolah
Jawapan
- memerlukan sumber kewangan untuk pelaksanaan dan berisiko.
- tidak sesuai di sekolah rendah.


Akademik
- Sekolah & PIBG adakan program intensif untuk peningkatan akademik
- Kelas tambahan kepada pelajar tahun 2,3,4,5
- Adakan kelas Kesenian dan Kebudayaan bagi meningkatkan rasa hormat dan mengenali adat pelbagai kaum
- pertingkatkan bilangan pemberian kerja rumah
- adakan kelas Fardu Ain
- pengajaran Sains & Matematik tahun 4 diajar dalam B. Inggeris kerana anak kurang faham B. Melayu
- kelas tambahan tahun 6 diadakan lebih awal
- Ibu bapa pelajar bukan Islam tidak perlu menandatangani surat rasmi untuk tidak membenarkan anak mempelajari B. Arab

Jawapan

- kelas tahun 6 telah bermula pada bulan Februari. Sambutan sangat menggalakkan.
- akan dipertimbangkan. Pelaksanaan perlu kelulusan Mesyuarat Agung PIBG dan kelulusan PPD
- telah dilaksanakan Kelab Seni dan Kebudayaan dibawah kendalian unit Kokurikulum
- diberikan mengikut keperluan dan kemampuan murid
- pembelajaran dilaksanakan dalam mata pelajaran Pend.Islam dan j-QAF
- dilaksanakan berdasarkan MBMMBI
-murid diberi pilihan untuk belajar dalam BM/BI
- dilaksana bermula 4 Februari
- sebagai prosedur rasmi sekolah

HAL EHWAL MURID
Kantin
- Kualiti dan tahap kebersihan kantin tidak mencapai tahap piawaian
- Pemantauan berkala status halal dan kebersihan
- Menu berkhasiat
- harga makanan mahal
Jawapan
- Telah berbincang dan menegur dalam mesyuarat jawatankuasa kantin sekolah.
- Laporan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) pada setiap bulan.


Kebajikan Murid
- giliran kedudukan murid di barisan hadapan semasa di kelas
- Dataran perhimpunan belum berbumbung
- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu sediakan buku kerja pada awal tahun
- Mengadakan bumbung di laluan kerusi roda ke kantin
- pemasangan penghawa dingin di dewan Sri Rimau
Jawapan
- akan diambil perhatian oleh guru kelas
- kos tinggi dan dana tidak mencukupi
- dicadangkan untuk membuat permohonan rasmi kepada Biro Kebajikan& Kewangan PIBG
- akan dipertimbangkan
- idea yang baik, sumbangan amat dialu- alukan

Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan
- penyelenggaraan tandas murid agar bersih
- wujudkan klinik pergigian
- kebersihan di hentian bas kurang memuaskan
- kawalan keselamatan diluar pintu masuk semasa kenderaan ambil dan hantar pelajar
- Tambahkan kawasan letak kereta
- pemantauan penjaja di hadapan sekolah semasa datang dan balik
Jawapan
- tandas dicuci 3 kali sehari
- telah ada dalam Program Sek Sihat, pemeriksaan oleh Pej. Kesihatan Daerah pada setiap Julai
- mohon kerjasama ibu bapa untuk pastikan anak tidak membeli makanan ringan dan pemandu van tidak menjual di luar premis sekolah
- mohon kerjasama ibu bapa untuk lebih bertimbang rasa
- Taman Saku tidak digunakan sepenuhnya
- di bawah bidang kuasa MBSA dan laporan telah pun dibuat ke unit penguatkuasaan.
- pentadbir telah mengarahkan seorang pekerja untuk membersihkan kawasan menunggu murid.

KOKURIKULUM

Waktu
- diadakan pada hari Sabtu kerana pelajar bersekolah agama pada hari Rabu
- masa balik terlalu lewat dicadangkan 2.30 – 5.00 petang
Jawapan

- MOU telah dilaksanakan antara KPM/JPS dan JAIS sejak 1995
- arahan pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan oleh KPM

Pakaian
- Tingkatkan kualiti baju PIBG
Jawapan
- terima kasih atas sokongan, kualiti telah dipertingkatkan

Thursday, February 16, 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU KALI KE-7 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU.

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 7 SK. Bukit Rimau.
2. Bilangan/ Tahun : 7 / 2011.
3. Tarikh : 5 MAC 2011 (SABTU)
4. Masa : 8.30 PAGI
5. Tempat : Dewan Sri Rimau, SK. Bukit Rimau.
6. Kehadiran : 229 ibu bapa dan guru


MINIT MESYUARAT

7. CATATAN MESYUARAT.
7.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG.
7.1.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa.
7.1.2 YDP mengingatkan semua yang hadir pada mesyuarat ini sebagai tanggungjawab bersama.
7.1.3 Semua hadirin dimaklumkan bahawa wang dana PIBG digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu sekolah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang dan peningkatan fasiliti.
7.1.4 YDP turut menjelaskan beberapa program yang telah dilaksanakan dan turut dimaklumkan jumlah kutipan bagi program Rimauriaton sebanyak RM44, 747.26.
7.1.5 AJK juga telah mengedarkan panduan keselamatan pergi dan balik murid untuk panduan bersama dan mengalu- alukan cadangan ibu bapa yang boleh disalurkan melalui peti aduan di pondok pengawal.
7.2 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat / Ex-Officio.
7.2.1 Guru Besar megucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang menunjukkan satu komitmen terhadap program sekolah.
7.2.2 Sekolah merupakan tempat untuk melahirkan murid yang akan menjadi aset negara.
7.2.3 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa PIBG amat aktif dalam membantu sekolah dan telah bermesyuarat sebanyak 21 kali bagi sesi 2010/11.
7.2.4 Para ibu bapa diingatkan agar perhubungan sekolah dan ibu bapa dijaga dengan baik. Segala masalah harap dapat dirujuk dan diselesaikan dengan berhemah.
7.2.5 Keprihatinan ibu bapa akan membantu meningkatkan pencapaian prestasi pelajar.
7.2.7 Segala info dan perkembangan sekolah boleh dirujuk melalui blog yang disediakan.
7.2.8 Guru Besar mengucapkan sekalung tahniah atas sokongan dan komitmen PIBG kepada sekolah. Beliau turut memaklumkan terdapat cadangan agar barisan AJK dikekalkan untuk tempoh 2 tahun namun pihak PPD memaklumkan bahawa cadangan ini perlu kelulusan Mesyuarat Agung semasa dan mohon pandangan ibu bapa yang hadir pada sesi pemilihan nanti.
7.3 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 6

7.3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Cadangan pengesahan : En Md Latif b Md Bajuri
Sokongan pengesahan : Pn Mastura bt Jamin

7.4 Pembentangan Laporan Aktiviti
7.4.1 Setiausaha membentangkan laporan dan sumbangan PIBG sesi 2010/11.
7.5 Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan
7.5.1 Bendahari Kehormat membentangkan penyata kewangan sehingga 31 Disember 2010.
7.5.2 Terdapat beberapa pertanyaan untuk penjelasan mesyuarat:
- Mohd Fairus: pendawaian elektrik pada 10 April. YDP menjelaskan bahawa projek ini adalah pemasangan lampu dilaluan masuk pelajar dan ‘spot light’ di hadapan sekolah. Dilaksana atas cadangan ibu bapa pada mesyuarat Agung ke 5.
- Pn Norehan: mohon penjelasan jumlah bayaran saguhati pengawal yang tidak tetap pada setiap bulan. YDP menjelaskan bayaran dibuat sebanyak RM10 sehari mengikut bilangan hari berkerja menyusun kon oleh pengawal tersebut.
- Pn Amnah: mencadangkan agar bayaran jamuan mesyuarat AJK dinomborkan. YDP mengucapkan terima kasih atas cadangan dan akan dilaksanakan.
Cadangan pengesahan : Pn Jamaliah bt Ab Hamid
Sokongan pengesahan : Pn Norihan bt Muhamed

7.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2010/2011.

7.6.1 YDP mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011 secara rasmi.

7.7 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat.

7.7.1 Mesyuarat bersetuju melantik Pn Rasidah sebagai pengerusi mesyuarat.
Pencadang : Pn Azhar
Sokongan : Sebulat suara

7.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2011 / 2012.

7.8.1 Yang Di Pertua

7.8.1.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan barisan AJK sesi 2010/11 dan menerima peletakan jawatan En Megat Mohd Farish selaku juruaudit dan Pn Yusniza selaku AJK. En Noor Paizal kekal sebagai YDP PIBG.
Cadangan : Pn Mastura Jamin
Disokong : Sebulat suara

7.8.2 Naib Yang Dipertua

7.8.2.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan Pn Rasidah binti Abdull Mutalip sebagai NYDP.
Cadangan : Pn Mastura Jamin
Disokong : Sebulat suara

7.8.3 Setiausaha Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.3.1 En Hasmizar Bin Sahaili dilantik sebagai Setiausaha Kehormat

7.8.4 Bendahari Kehormat (Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.4.1 En Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Bendahari Kehormat

7.8.5 Ahli Jawatankuasa (6 orang wakil Ibubapa, 5 orang wakil guru )

7.8.5.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan barisan AJK PIBG sesi 2010/11 dan pelantikan hanya dibuat bagi menggantikan Pn Yusniza yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Nama AJK yang dikekalkan:
1. Tn Hj Abdul Aziz
2. En Mior Md Salleh
3. En Anil Nair
4. En Jafri
5. En Zul Azree
Pelantikan baru:
Pn Enne bt Othman
Dicadang : Pn Yusniza
Disokong : Pn Zulita
7.8.5.2 Guru Besar mengumumkan barisan AJK PIBG dari wakil guru. Pihak sekolah telah memilih 5 orang wakil guru
1. Pn Rusnita - Wakil Kurikulum
2. En Mohd Reduan – Wakil HEM
3. En Mohd Ibrahim - Wakil Kokurikulum
4. En Azaharisman - Pengerusi BKGK
5. Pn Azalina - Wakil P. Khas

7.8.6 Juruaudit (1 wakil ibu bapa, 1 wakil sekolah)
7.8.6.1 Mesyuarat bersetuju melantik juruaudit wakil ibu bapa
1. Pn Amnah bt Mohammed Salleh
Dicadang : En Megat Mohamad Farish
Disokong : Pn Norihan
2. Pn Siti Suhaila Abd Latif
(Dilantik oleh pihak sekolah)

7.9 Pembentangan Usul/ Cadangan.

7.9.1 En Rahim mohon agar pihak guru menentukan buku yang perlu dibawa setiap hari bagi mengatasi masalah beg berat. Guru Besar memaklumkan akan diberi makluman kepada guru.
7.9.2 En Isma mencadangkan agar guru memberikan info bertulis terutama kepada pelajar tahun 1 untuk mengelakkan info yang diterima tidak tepat. Guru Besar memaklumkan akan diambil perhatian.
7.9.3 En Aziz mencadangkan agar bilangan buku tulis yang perlu dibawa oleh murid dimaklumkan oleh guru. Guru Besar memaklumkan akan diambil perhatian.
7.9.4 En Shahril mengucapkan terima kasih atas jawapan cadangan yang disertakan dalam buku mesyuarat. Beliau mohon penjelasan tentang tugasan Pend. Seni yang perlu dirujuk melalui blog dan minta pemantauan edaran senarai buku cerita yang diragui kualiti. Guru Besar menjelaskan bahawa tugasan Pend Seni akan dirujuk pada guru m. pelajaran dan edaran senarai buku oleh pihak sekolah akan disertakan surat iringan.
7.9.5 Pn Norihan mencadangkan agar waktu balik sesi petang pada pukul 6.30 petang. Guru Besar menjelaskan bahawa jumlah masa pengajaran ditetapkan oleh kementerian.
7.9.6 En Saravanan mencadangkan agar masa pengajaran Sains tahun 1 ditambah. Tempat perhimpunan dipastikan bersih dan ditandakan kedudukan kelas semasa perhimpunan untuk elak kekeliruan. Guru Besar menjelaskan masa pengajaran ditetapkan oleh kementerian, dewan di mop setiap hari dan cadangan akan diambil perhatian.
7.9.7 En Isma mencadangkan agar pemadam api diletakkan di dalam kotak untuk mengelakkan kemalangan. YDP memaklumkan cadangan akan dibawa ke mesyuarat AJK.
7.9.8 En Suhaimi mencadangkan agar dipasang telefon awam di pondok pengawal dan PIBG memperbanyakkan program motivasi dan sahsiah murid. YDP memaklumkan cadangan akan dibawa ke mesyuarat AJK.
7.9.9 Pn Jamaliah mencadangkan agar Setiausaha dan Bendahari diberi saguhati sebanyak RM50 sebulan.
Sokongan: Sebulat suara
7.9.10 Pn Mastura mohon makluman program yang akan dilaksanakan bagi menampung dana PIBG memandangkan perbelanjaan yang mencecah RM50,000 setahun. YDP menjelaskan antara yang dilakukan ialah jualan tshirt.
7.9.11 En Saravanan mohon tindakan pihak sekolah untuk baik pulih tandas pelajar yang rosak dan pantau kebersihan kantin terutama makanan yang terdedah dan boleh dihinggapi lalat. Guru Besar menjelaskan tindakan akan dilakukan.
7.9.12 En Aziz mencadangkan agar diwujudkan jawatan Naib Setiausaha dan Naib Bendahari. Guru Besar menjelaskan bahawa jumlah Ajk hanya 15 orang berpandukan perlembagaan.
7.10 Ucapan Penangguhan.
7.10.1 YDP mengucapkan terima kasih pada semua dan mengharapkan sokongan dari ibu bapa kepada Jawatankuasa yang dilantik.
7.10.2 YDP mengalu- alukan cadangan dari semua pihak dan disalurkan mengikut cara yang betul. Cadangan terus boleh dibuat melalui talian 0122778922.
7.10.3 YDP menangguhkan mesyuarat pada pukul 11.50 pagi.

8. Minit disediakan oleh:

Hasmizar Bin Sahaili,
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Bukit Rimau.

9. Tarikh minit mesyuarat disediakan : 15 Mac 2011


Thursday, February 9, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG


J/K KERJA PUSAT SUMBER


PENASIHAT
TN HJ ABD. AZIZ B. HJ. SAIDIN

PENGERUSI
PN JAMALIAH BINTI AB HAMID

NAIB PENGERUSI
PN KASMAWATI BT OTHMAN
PN NOOR AINI
PN ROSEDAH BINTI ABDULLAH
EN HAMIDI MOOKKAIYAH BIN ABDULLAH

PENYELARAS
SORAYA NITA BT OTHMAN

SETIAUSAHA
PN ROSNAH BINTI MOHAMMED (KETUA UNIT PERPUSTAKAAN)

UNIT LALUAN ILMU
KETUA
PN HAMRAH BT HUSSIEN
AJK
RUJUK MUKASURAT 13 TAKWIM TAHUNAN 2012

UNIT KECERIAAN
EN MOHD IBRAHIM BIN HASSAN
AJK
RUJUK MUKASURAT 3 TAKWIM UNIT HEM 2012

PROJEK KHAS PENINGKATAN UPSR
PN LAILA BINTI MOHAMED SALLEH
AJK
RUJUK MUKASURAT 15 TAKWIM TAHUNAN KURIKULUM

FOTOGRAFI
EN KHAIRUL SYAFIQ BIN JAHAYA
AJK
EN ROSNYAZLY BIN MAT SALEH
EN BADRUL HISYAM BIN MOHD YUSOF

SEBARAN AM
EN MOHD ASYRAF NOR'AZALAN
AJK
PN SITI MARYAM BINTI MD TAJUDIN
PN NUR IDAYU BINTI ABDULLAH
PN SITI SARAH BINTI SAMSUDIN

UNIT KOLEKSI SOALAN
PN NORZAMANI BINTI MOHD. ZIN
PN NUR KHAIRUNNISA BINTI MOHD SAHRUM
AJK
KETUA-KETUA PANITIA

PERKEMBANGAN STAF
CIK SITI NORLIZA BINTI AZIZ
PN SHARIRAH BINTI DAUD

APD
EN MOHD HAFIZ BIN MD HUSSIN
EN RAHIM BIN HARON

PERPUSTAKAAN
PN ROSNAH BINTI MOHAMMED
PN NORKHAIRIAH BINTI SAID
PN MUSNI MALISA BINTI MUSTAFAR

BBB/BBM
PN OOI GEOK TIN
AJK
RUJUK MUKASURAT 18 TAKWIM KURIKULUM

NILAM
CIK KAMA NORAKMA BINTI ABU KHALID
PN RUZAINI BINTI MOHD NOR
AJK
GURU-GURU BM & BI

J/K INDUK PUSAT SUMBER

PENGERUSI
TN HJ ABD. AZIZ B. HJ. SAIDIN

TIMB PENGERUSI
PN JAMALIAH BINTI AB HAMID

NAIB PENGERUSI
PN KASMAWATI BT OTHMAN
PN NOOR AINI
PN ROSEDAH BINTI ABDULLAH
EN HAMIDI MOOKKAIYAH BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA
SORAYA NITA BT OTHMAN

KETUA PANITIA
ROSNAH BINTI MOHAMMED-BM
SARATHA A/P SRIKANDAN-BI
NOR HASHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN-MATEMATIK
MARINA BINTI MOHD TAHIR-SAINS
SITI ASMAH BINTI OMAR-PEND ISLAM
GRIJA DEVI A/P NANDA KUMAR-PEND MORAL
MOHD IBRAHIM BIN HASSAN-KT
SUKINAH BINTI IDRIS-KH
FUZIAH BINTI ABU HASSAN-SIVIK & KENEGARAAN
HISHAM BIN MOHAMMED-PJPK
KAMA NORAKMA BINTI ABU KHALID-PSV
SHAHARIZA BINTI HASHIM-PEND MUZIK
SITI HALAWATI BINTI MAT SAHRI

PRASEKOLAH
FITRA DILLA BINTI ABDUL HALIM

PEMULIHAN KHAS
UMAR DANI BIN AHMAD

MESYUARAT

9 FEB 2012
MESYUARAT KEWANGAN
MESYUARAT J/K INDUK PUSAT SUMBER
MESYUARAT J/K KERJA PUSAT SUMBER
MESYUARAT NILAM
TAKLIMAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
TAKLIMAT MESYUARAT AGUNG PIBG

Tuesday, February 7, 2012

Monday, February 6, 2012

GURU BERTUGAS & JADUAL NILAM MINGGU 8 - 11 FEB 2012

MINGGU 1

10 ORANG GURU
TUGAS 1 - PN SORAYA NITA
TUGAS 2- USTAZAH FAZILAH
TUGAS 3 - USTAZAH MAIZATUL
TUGAS 4 - PN SALINA & EN KHAIRUL SYAFIQ
TUGAS 5 - EN HISHAM & EN MUHD ASYRAF
TUGAS 6 - PN FITRA DILLA & PN RAYLEENA
TUGAS 7 - PN ZALILA 

Saturday, February 4, 2012

NOTIS MESYUARAT J/K INDUK, J/K KERJA DAN MESYUARAT NILAM BIL 1/2012


Kepada,
Barisan Guru-guru Penolong Kanan/ Ketua-ketua Panitia /Ketua-ketua Unit / Penyelaras NILAM /Guru-guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
            Tarikh             : 09 FEBRUARI 2012 ( KHAMIS )
            Masa              : 11.00 pagi ( sesi petang)/12.40 tengah hari (sesi pagi)
            Tempat           : Bilik Mesyuarat, SK Bukit Rimau.

Friday, February 3, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

3 Feb 2012- Kejohanan Merentas Desa dirasmikan oleh Tn Hj Aziz Hj Saidin.En ZulAzree (AJK PIBG) diundang untuk melepaskan peserta mengikut kategori.