Saturday, July 23, 2011

MAJLIS MOHON RESTU ILMU & SOLAT HAJAT

15 & 16 JULAI 2011 - Majlis Restu Ilmu dimulakan dengan solat Maghrib di Dewan Sri Rimau.Selepas solat Maghrib, majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak pentadbir yang menyaksikan Cikgu Md Latif Md Bajuri berucap dengan penuh semangat. Beliau meluahkan harapan pihak sekolah terhadap pelajar-pelajar SK Bukit Rimau supaya komited untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.Target 5A diharapkan terus meningkat.
Selepas itu, YDP PIBG, En Noor Paizal Mohamad Zainuri memberikan sepatah dua kata yang meminta kerjasama ibu bapa dalam merealisasikan harapan pihak sekolah sebelum majlis diteruskan dengan ceramah Majlis Restu Ilmu.
Ceramah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ibu bapa dan murid-murid. Ibu bapa di Dewan Sri Rimau manakala murid-murid di Dewan Terbuka.
Di manakah kita?
Persoalan yang diungkapkan oleh penceramah mengundang kita berfikir di manakah kita di bumi tuhan ini.

No comments: