Tuesday, June 28, 2011

MAJLIS MOHON RESTU ILMU


click to create your own

TENTATIF
6-7 PETANG ~PENDAFTARAN MURID ISLAM DI DEWAN SRI RIMAU
7PM ~ PENDAFTARAN IBU BAPA ISLAM
~SOLAT MAGHRIB
~BACAAN YASIN
~SOLAT ISYA'
~SOLAT HAJAT

8.55PM~PENDAFTARAN IBU BAPA DAN MURID BUKAN ISLAM

9-11.30PM~PROGRAM RESTU ILMU

11.30PM~MINUM MALAM
~MURID BUKAN ISLAM DIBENARKAN PULANG

4.30AM~QIAMULAIL
IBU BAPA DIJEMPUT/DIGALAKKAN TURUT SERTA
~SOLAT SUBUH
~TAZKIRAH

6.15~SENAMAN PAGI

7.00~MINUM PAGI

8.00AM~KELAS TAMBAHAN UPSR TAHUN 6 SEPERTI BIASA

LAWATAN RASMI SK SERI DUYUNG, MELAKA










28 Jun 2011- Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya(PRS)menyertai lawatan ini. Empat orang guru turut hadir sebagai guru pengiring.Pn Rosedah Abdullah(GPK Pendidikan Khas) menyambut ketibaan rombongan dari SK Sri Duyung ini pada jam 10.20pagi.
Kehadiran mereka disambut oleh pengawas-pengawas sekolah, pengawas-pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.Ucapan "Selamat Datang" daripada murid-murid prasekolah dan paluan kompang di bawah pimpinan Ustazah Nurul Asyikin Abd Wahab.Seterusnya mereka dipersembahkan dengan persembahan muzik oleh tiga orang murid pendidikan khas.Sesi bergambar diadakan di hadapan mural 1Malaysia.
10.45 pagi rombongan dijamu dengan kudapan.Pada pukul 11.05 persembahan slaid tentang SK Bukit Rimau dan penerangan dibuat oleh GPK Kokurikulum. Seterusnya rombongan melawat Bilik Kaunseling, Laluan PPDa,Bilik Pengurusan Pengawas dan Pusat Sumber.Majlis Penutupan diadakan pada pukul 12.50 tengah hari oleh GPK Kokurikulum di Pentas Bercerita seterusnya sesi bergambar bersama pemenang kuiz dan mencari maklumat.

Friday, June 24, 2011

MAJLIS PENYERAHAN TONG SAMPAH KITAR SEMULA






23 JUN 2011- Majlis Penyerahan Tong Kitar Semula diadakan pada jam 10.40 pagi di Dewan Sri Rimau.

Monday, June 20, 2011

KEJOHANAN SUKAN 2011


LATIHAN KEJOHANAN SUKAN


LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2011



MINGGU PROGRAM PENDIDIDKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 20-24 JUN 2011

Pelancaran Minggu PPKI dilancarkan meriah dan cemerlang sekali.Pelbagai jualan akan diadakan sepanjang minggu ini. Tn Hj Nor Azmi Rahmat telah melancarkan Minggu PPKI dengan simbolik melepaskan ikan emas. Tahniah kepada PPKI.
Objektif PPKI:
Membolehkan murid murid PPKI mendapat tempat yang sama dengan murid normal dalam pendidikan.
· Melatih murid menyesuaikan diri dalam semua aspek pendidikan dan persekitaran.
· Membantu murid hidup berdikari mengikut kemampuan masing-masing.
· Mendapatkan perhatian sewajarnya daripada semua pihak.
· Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.
· Menghapuskan jurang perbezaan di antara murid PPKI dengan murid normal dalam semua aspek kehidupan

Saturday, June 18, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH KENALI RP

17 JUN 2011- Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Kenali RP. Pertandingan ini bertujuan murid-murid Tahap 2 dapat memahami dan melaksanakan program praRP dan RP.
Ucapan terima kasih kepada PIBG SK Bukit Rimau.

Wednesday, June 15, 2011

INFO:Bagaimana mencetak nombor peserta larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Di sini akan dipaparkan maklumat ringkas penjanaan nombor peserta larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dan kaedah slip no peserta pada baju murid.

1. Setiap sekolah sudah ada Sistem Maklumat Murid (SMM). Gunakan C:\HEM\SMMDATA.MDB untuk proses nama murid dan no kad pengenalan/surat beranak.

2. Buat Query baru untuk memanggil 2 medan Nama dan NoKP dalam Tmurid (table).

3. Jana Query tersebut (simpan dalam bentuk table).

4. Eksport query tersebut ke Microsoft Excel (untuk menjana no peserta). Pastikan column tersebut diwujudkan.

|Nama | NoKP | NoPeserta |

5. Jana no peserta dari murid pertama (letak 1). Ulang proses untuk murid ke-2 dan ke-3. Kemudian, drag atau tekan sekali medan NoPeserta yang ke-3 untuk menjana semua no peserta.

6. Highlight column NoPeserta. Klik kanan untuk set format nombor peserta sebagai zipcode (default 5-digit). Tukarkan kepada 4 digit. No peserta semua akan dijana mengikut format 0001, 0002, 0003.

7. Buat merge Excel ke Word. Atau langkah mudah, copy paste column Excel ke Word (Borang Penyertaan).

8. Bagaimana membuat dan menampal nombor peserta di baju murid?

Anda boleh menggunakan imej di bawah sebagai nombor kosong (template). Print atas A4, perbanyakkan copy (fotostat), arahkan murid mewarnakan nombor mereka (telah ditetapkan).



KLIK SINI untuk memperbesarkan imej.

-- SELAMAT MENCUBA DARI UNIT ICT SK PARIT HAJI AMAN --
www.skparithajiaman.edu.my

MESYUARAT 1 SUKAN 1 MURID

Mesyuarat akan diadakan pada 15 JUN 2011 di Dewan Mesyuarat SKBR.

PUTRAJAYA — Seramai tiga juta murid dan pendidik dijangka menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di seluruh negara pada 2 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, larian itu yang bukan berbentuk pertandingan itu diadakan sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang mula dilaksana tahun ini.

Larian peringkat kebangsaan akan diadakan di Taiping dan akan turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Abdul Ghafar berkata, larian itu juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. — Bernama

PENYAMPAIAN HADIAH PANITIA BI

14 JUN 2011- Penyampaian hadiah Minggu Panitia BI telah dijalankan jam 7.15 pagi.

Wednesday, June 1, 2011

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PSS & PENYAMPAIAN HADIAH

27 MEI 2011~Majlis diadakan di Dewan Besar. Panitia Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, dan Pusat Sumber(NILAM) telah menyampaian hadiah kepada pemenang. Panitia Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik akan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada minggu pertama sekolah dibuka.
PEMENANG NILAM SEMPENA MINGGU PSS
(Murid yang tidak hadir:hadiah akan disampaikan pada minggu pertama buka sekolah)

BARISAN PEMENANG PANITIA BAHASA MELAYU

BARISAN PEMENANG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM