Friday, December 31, 2010

BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH TAHUN 2011

Tahun 1 - Tahun 6
RM33.00
Sumbangan PIBG
RM30.00
***Boleh dibayar kepada guru kelas anak tuan/puan.

Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini

2010/12/30
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Thursday, December 30, 2010

KENALI GURU-GURU SESI PETANG

EN. HAMIDI MOOKKAIYAH BIN ABDULLAH~GURU PEN. KANAN PETANG
EN. AZAHARISMAN BIN AMIRUDIN~GURU TUGAS KHAS/PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU
PN. SITI FATIMAH BINTI JAMLUS~S/U AKADEMIK
EN. SHARISHAL BIN EDRIS~S/U SUKAN
PN. AL MIZAN BINTI JUREMI~S/U HEM
EN. MOHD REDUAN BIN AMAT JURANI~DISIPLIN
EN. MOHD HAFIZ BIN MD HUSSAIN~DISIPLIN
EN. MOHD AB BASSET BIN ABDUL MAJID~DISIPLIN
EN. SIVADEEPAN A/L SIVAPATHAM~PUSAT SUMBER SEKOLAH
PN. NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL WAHAB~SPBT

PN. ZURAINI BINTI ABDUL RADZAK~PENYELARAS TAHUN 1
EN. FAZRIL DEESAM BIN ABDUL SAMAT~PENYELARAS TAHUN 2
PN. SARATHA A/P SRIKANDAN~PENYELARAS TAHUN 3

PN. ROSLINA BINTI MAT JUNOH=1R
PN. CHITARA A/P PALANISAMY=1I
PN. ZURAINA BINTI OTHMAN=1M
PN. HAMRAH BINTI HUSSEIN=1A
PN. ELLISTINA BINTI AHMAD SAFFIE=1U
PN. LEELA THEVI A/P KANNAN=1K
PN. SITI NORAZAMIMAH BINTI ABDUL MANAF=1L
CIK NURUL 'AINI BINTI IZHARUDIN=1N

EN. ROSNYAZLY BIN MAT SALEH-2R
PN. ZALILA BINTI MUSLIM-2I
PN. NOR ASIAH BINTI MOHD NOOR-2M
CIK SITI SARAH BINTI SAMSUDIN-2A
PN. WAN FAIZUN AZWANI BINTI WAN MAHMOOD-2U
PN. KU ZUNAIDAH BINTI KU AHMAD-2K
PN. NORAFNI BINTI MOHD ARIFFIN-2L

EN. WAN MOHD ZULHILMI BIN WAN HASSAN~3R
PN. SUHAILA BINTI MAT ISA~3I/S/U NILAM
PN. NOR HUDA BINTI AHMAD~3M
PN. RUZAINI BINTI MOHD NOR~3A
PN. ZARRAMAHAL BINTI BIANSING~3U
PN. LAILINDA BINTI REDZUAN PERPINDER~3K
CIK NURULZURAINI BINTI ZULKEPLI~3L/ S/U KOKO
CIK NOR AZURA BINTI ISMAIL~3N
EN.JUNAIDI BIN SABRAN~3G

PN. HANIZA BINTI ABDUL KADIR>GPI
PN. ZANIPAH BINTI JUMARI>GPI
CIK SITI AZIDA BINTI AHMAD>J-QAF

EN. MIOR MOHD SALLEH BIN SHAARI>BM
PN. NORLAILA BINTI ALIAS>BM
PN. ARDINAWATI BINTI ABDUL RAHMAN>BM

GURU LUAR NORMA
PN. SHARIRAH BINTI DAUD>GURU BIMBINGAN
EN. UMAR DANI BIN AHMAD>PEMULIHAN KHAS

MAKLUMAN 2 ~ BAJU PENGAWAS & PENGAWAS PSS

Melalui perbualan telefon dengan pihak JERZEES APPARELS ENTERPRISE pada 28 Disember.
Dimaklumkan bahawa baju BELUM siap. Pihak JERZEES akan memaklumkan semula sama ada siap atau tidak pada hari ini 30 Disember 2010.
Pihak JERZEES boleh dihubungi di talian:

03-798 10 712 / 03-784 72 990

beralamat:
No 360B, Jalan Sungai Besi,
Batu 3 1/2,57100KL.

Guru /Guru pengawas PSS telah meminta pihak JERZEES menghantar baju tsbt pada 30 Disember 2010(Khamis) sebagai tarikh akhir memandangkan Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti.Bagaimanapun tidak ada kata putus daripada pihak JERZEES.
Harap Maklum.
Kepada ibu bapa yang menelefon/menghantar emel/hadir ke sekolah: harap dapat penjelasan.

Tuesday, December 28, 2010

MAKLUMAT PERMOHONAN MRSM

Markah/merit pemilihan dibuat dengan mengambilkira 3 perkara berikut:

a) 5A dalam UPSR - 25%

b) SES (status ekonomi sosial) - 45 %

c) Kokurikulum - 30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).

Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM kebiasaannya dijangka bermula pada :

a) Pendaftaran pertama - bulan Februari.

b) Pendaftaran kedua - bulan Mac.

c) Pendaftaran ketiga - bulan April

Semakan untuk :

a) Pendaftaran pertama - hujung bulan Januari / awal bulan Februari.

b) Pendaftaran kedua - hujung bulan Februari / awal bulan Mac.

c) Pendaftaran ketiga - hujung bulan Mac / awal bulan April.

Tuan/puan boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan 3331

Monday, December 27, 2010

MURID SKBR LAYAK KE KYSM


click for more
AHMAD SHAZWAN ABD HAMID (TAWARAN PERTAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH)

DAFTAR 8 JANUARI
KOLEJ Yayasan Saad (KYS), Melaka, sekolah berasrama penuh (SBP) swasta yang mencatatkan kejayaan cemerlang dengan capaian gred purata sekolah 1.33 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.
Kecemerlangan itu meletakkan kolej berkenaan di tangga teratas daripada senarai 10 SBP terbaik di negara ini.
Pengetuanya, Noor Ainun Datuk Seri Yang Rashdi, berkata kecemerlangan itu diperoleh apabila pihaknya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh.
Mengulas proses pengambilan pelajar, Noor Ainum, berkata bagi kemasukan sesi persekolahan 2010, pihaknya menerima lebih hampir 2,000 permohonan daripada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu katanya, hanya 200 calon dipanggil menghadiri sesi pemilihan di KYS untuk memilih 60 pelajar yang layak.
Selain mengambil kira pencapaian akademik dan kokurikulum, pihaknya memilih pelajar yang memiliki sahsiah tinggi selain kemahiran berkomunikasi berkesan dan kepimpinan.

Saturday, December 25, 2010

27 DISEMBER KEPUTUSAN PERMOHONAN KRK/KAA

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan KRK mulai 27 Disember 2010.
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) melalui sekolah asal pemohon.
SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang
SMK Tengku Ampuan Jemaah Klang
SMK Dato Hamzah Klang
SMK Raja Lumu Klang
SMK (P) Raja Zarina Klang
SMK Tinggi Klang Klang
SMK Sungai Kapar Indah Klang
SMK (P) Kapar Klang
SMK Shahbandaraya Klang

Kelas Aliran Agama (KAA) adalah kelas khas yang diwujudkan di Sekolah
Menengah Harian untuk memberi peluang kepada pelajar Islam
mempelajari subjek-subjek seperti yang ditawarkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Berikut adalah senarai sekolah yang
menawarkan KAA di negeri Selangor(Klang) mengikut daerah:

1. SMK(P) Kapar
2. SMK Jalan Kebun
3. SMK Meru
4. SMK Rantau Panjang
5. SMK Sungai Kapar Indah
6. SMK Tengku Ampuan Rahimah*
7. SMK Tengku Idris
8. SMK Pulau Indah

Friday, December 24, 2010

MAKLUMAN BAJU PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER

JERZEES APPARELS ENTERPRISE (03-79810712/78472990)
-Masih belum menghubungi pihak sekolah akan tarikh penghantaran-
Harap pihak ibu bapa dapat penjelasan.
Kami akan maklumkan tarikhnya jika pihak JERZEES telah memaklumkan tarikh penghantaran tempahan.

Wednesday, December 22, 2010

BERITA WARGA SKBR

BERITA PAPAN PUTIH TERTERA:

27 DISEMBER = MESYUARAT GURU
+
MESYUARAT KURIKULUM

28 DISEMBER = MESYUARAT KEWANGAN
+ MESYUARAT HEM

29 DISEMBER = TAKLIMAT KSSR
+ TAKLIMAT IBU BAPA PRASEKOLAH

30 DISEMBER = ORIENTASI

31 DISEMBER = PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2011

Tuesday, December 14, 2010

CIRI-CIRI REZEKI YANG BERKAT

Semoga Allah mempermudah perjalanan hamba-hambanya ini di dalam pencarian rezeki yang menyampaikan kepada redhaNya jua.

Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Sumber:ihbspt(agama)+ibnrajab.wp

Sunday, December 12, 2010

TEMUDUGA MRSM program IGCSE


Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
13 hingga 16 Dis 2010
MRSM Tun Abdul Razak, Pekan Pahang.
094300615

TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB

Bermula pada 14 hingga 16 Disember 2010.

SILA KLIK:
Proses Temuduga

Sumber:http://www.mrsmgemencheh.com/

CALON-CALON DISOAL TENTANG AL-QURAN , MINAT MEREKA TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN, KEHIDUPAN BERASRAMA DAN KESANGGUPAN MEREKA MENGIKUTI PROGRAM ULUL ALBAB.

SELEPAS 30 MINIT MENGHAFAZ , CALON DIMINTA UNTUK MEMBACAKAN SEMULA AYAT-AYAT YANG DIHAFAZ SEBENTAR TADI TANPA MELIHAT TEKS.


SESI UJIAN MEMBACA AL-QURAN JUGA DIADAKAN UNTUK MELIHAT KEFASIHAN CALON MEMBACA AL-QURAN DNEGAN TAJWID YANG BETUL.

CALON DIBAWA KE BILIK HAFAZAN DAN DIBERI MASA 30 MINIT UNTUK MENGHAFAZ SATU MUKASURAT DALAM AL-QURAN.

DALAM BILIK KUARANTIN. CALON DIBERI TAKLIMAT PERJALANAN SESI TEMUDUGA YANG AKAN MEREKA LALUI.

Sumber:http://ululalbabkoputra.blogspot.com/2009/12/temuduga-pelajar-baru-2009.html

Saturday, December 11, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KLIK SINI
DASAR, SYARAT DAN KRITERIA
PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
TAHUN 2011

SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar(Berita Harian: 15/11/2010)

SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar (Berita Harian: 15/11/2010) - MOE

MAKLUM BALAS LAPORAN AKHBAR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 15 November 2010 – SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM sentiasa patuh akan matlamat asal penubuhannya. Dasar pengambilan murid iaitu tujuh puluh peratus (70%) murid luar bandar dan tiga puluh peratus (30%) murid bandar dipatuhi dalam melaksanakan keputusan pengambilan murid ke SBP, di samping akur akan syarat-syarat permohonan kemasukan murid untuk tingkatan satu (1) dan tingkatan empat (4). Persaingan yang hebat dalam kalangan murid-murid cemerlang ini memastikan hanya yang benar-benar layak yang akan dipilih. Kecemerlangan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah cemerlang kokurikulum dan sahsiah turut menjadi penentu seseorang murid itu terpilih atau tidak ke SBP, supaya matlamat Falsafah Pendidikan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dapat direalisasikan.

Kuota pengambilan sebanyak dua puluh peratus (20%) diberikan kepada pengetua antara tujuannya untuk meningkatkan aspek kebitaraan sesebuah SBP, supaya kecemerlangan yang ada di sesebuah institusi itu berkesinambungan. Melalui sesi temuduga yang dilaksanakan oleh pengetua mereka dapat mengenal pasti potensi murid dengan lebih dekat dan murid yang berpotensi dapat mengembangkan bakat mereka dengan betul.

Sebagai institusi pendidikan, sekolah perlu merencana dan melaksanakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada murid-murid. Pelaksanaan perkhidmatan dan kemudahan tambahan ini memerlukan peruntukan tambahan secara khusus. Ibu bapa turut mempunyai peranan untuk turut bersama melaksanakan tanggungjawab membantu sekolah melaksanakan program dan aktiviti tambahan bagi murid-murid dengan membayar bayaran tambahan lain sebagai tanda komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka. Bayaran-bayaran tambahan selain bayaran-bayaran yang dibenarkan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996:Peraturan-peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran yang sedang berkuat kuasa, perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan sama ada melalui Mesyuarat Agung PIBG atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Sebarang bayaran tambahan yang dikenakan semata-mata berkisar kepada perkhidmatan yang diberikan kepada murid-murid. Sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membuat kutipan bayaran-bayaran lain, pihak sekolah perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pendaftar Sekolah. Hak murid-murid cemerlang dalam kalangan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran mereka di SBP sentiasa diberi perhatian. Sekalipun mereka diminta menjelaskan bayaran-bayaran tambahan tersebut, pelbagai bantuan dan kebajikan disediakan dan disalurkan kepada mereka seperti biasiswa, bantuan projek khas, bantuan skim pinjaman buku teks, pemansuhan yuran peperiksaan awam, dan mereka yang dari kalangan keluarga berpendapatan RM 4999.99 ke bawah dikenakan Yuran Makan Asrama hanya Ringgit Malaysia Satu (RM1) sahaja sehari berbanding Ringgit Malaysia Tiga (RM3) sehari bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka juga dikecualikan daripada membayar wang cagaran asrama. Bayaran tambahan itu pula boleh dijelaskan secara beransur-ansur mengikut kemampuan. Seharusnya ibu bapa yang berpendapatan rendah atau miskin tidak berasa terbeban, apabila kemudahan-kemudahan ini disalurkan kepada anak-anak mereka.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KLIK SINI

## Murid dalam kalangan keluarga berpendapatan RM4,999.99 ke bawah