Tuesday, December 29, 2009

Thursday, December 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

Khamis, 24 Disember 2009
KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).



Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

“Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

“Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50).

Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20091224012845/Article/index_html

Wednesday, December 23, 2009

SENARAI MURID YANG DITERIMA MASUK KE SBP

1. FARAH SABRINA AMRUL HALIM GAN
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai Semashur merupakan sekolah berasrama penuh ke-40 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang bertaraf KLUSTER dan kini pihak sekolah ini sedang berusaha untuk mendapatkan pangkat "High Performing School".

1. FARAH REDZA
Konsep pembangunan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menerap ciri-ciri yang boleh menjana pembelajaran sains dan teknologi berteraskan penggunaan ICT serta dapat menggalakkan murid-muridnya berinteraksi dan berinovasi.

3.SITI SAHIRAH
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) telah dibuka secara rasmi pada 12 Mei 2009dengan menerima kehadiran pelajar daripada tingkatan 1 dan tingkatan 4. Jumlah pelajar sekolah ini kini hampir mencecah 300 orang. Sekolah ini terletak di Bagan Datoh, Perak.

4. AFIQ SHARI
Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan dan Pembelajaran JAIS merupakan Program bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam Jurusan Sains dan Teknik disamping Amal Islami dijadikan sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAHNIAH DANIAL HANIFA

Seorang lagi murid SKBR iaitu DANIAL HANIFA RAZIRI diterima masuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.


Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010

KLIK PADA SURAT UNTUK BESARKAN


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia

Penawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 23 Disember 2009.

HANYA 6000 TERPILIH KE ASRAMA PENUH BAGI TAHUN 2010

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu akan dibuat esok.

"Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula esok hingga 12 Jan, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran dibuat pada 11 Jan.

Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

- BERNAMA

Friday, December 11, 2009

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM,

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H



Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya.

SILA KLIK DI SINI

PERSEKOLAHAN 2010

Bayaran tambahan persekolahan
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

Wednesday, December 2, 2009