Wednesday, November 19, 2008

SELAMAT BERTUKAR SEKOLAH

Mulai 1 Januari 2009- En Kamarul Asnan Adan akan bertukar ke SK Sri Duyong, Bukit Katil, Melaka. (Sekolah baru dibuka)


Mula bertugas di Selangor di SJK C Perempuan, Klang sebelum bertukar ke SK Bukit Rimau.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2006-2008
Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan 2006-2007
Naib Pengerusi Badan Kebajikan Guru & kakitangan sekolah 2008
AJK PIBG SKBR
Guru Disiplin
Sijil Jurulatih Perkhemahan Peringkat Negeri
Guru Bahasa Melayu Tahun 2 Rahmat
Berkemahiran dalam kerja-kerja pertukangan
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI KAMPUNG HALAMAN
Melaka Tapak Warisan Dunia
**Majlis penting penyerahan watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Nov. 2008 ini.

DERMA PIBG & BAYARAN PELBAGAI

DERMA PIBG - RM30 bagi satu keluarga (seperti diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG 2007)
Bayaran hendaklah dibayar di kelas anak tahun yang terendah.

Friday, November 14, 2008

PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN (PAKEJ B)

Pakej ini telah diluluskan oleh PIBG SKBR
1. Kokurikulum - RM3
2. Kertas Ujian Bulanan - RM8
3. Sukan Tahunan Sekolah - RM8
4. Kegiatan Agama/Moral - RM8
5. Skim Perlindungan Diri - RM1.50
6. MSSM - RM2
JUMLAH RM30.50

Nota
Yuran Khas RM4.50 -DIMANSUHKAN
Yuran UPSR - PERCUMA

MAJLIS MAKAN MALAM 2008

14 November 2008 - Satu majlis makan malam diadakan di Hotel Gold Course. Majlis akan bermula pada jam 7.45 malam. Seramai 42 orang warga SKBR dijangka hadir. Ucapan penghargaan kepada Pn Norlaila Hj Alias selaku Pengerusi BKGKS kerana berjaya mengadakan majlis ini.

TAKLIMAT/MAKLUMAN PERSEKOLAHAN 2009

Taklimat prasekolah
- 20 Disember 2008 jam 8.30 pagi (SABTU)
Taklimat & pembayaran pakej tambahan Tahun 1 & murid baru
- 2 Januari 2009 (JUMAAT)
Pembayaran pakej tambahan Pendidikan Khas & Tahun 2 -Tahun 6
- mulai 5 Januari 2009 (ISNIN) kepada guru-guru kelas

Rujuk surat sekolah Bil(17) dlm SKBR 06/02/001
Tarikh 10 NOVEMBER 2008
telah diedar kepada murid-murid pada 11 & 12 November 2008

Thursday, November 13, 2008

UPSR 2007


















13 Nov 2008- Keputusan UPSR 2007 mencatat sejarah. Seramai 15 orang mendapat 5A. Tahniah..!



Wednesday, November 12, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN


Majlis Perkahwinan yang pertama bagi guru yang sama mengajar di SK Bukit Rimau. Tahniah!
Cik Norkhairiah Said - Guru Muzik & En Hasmizar Sahaili - Guru Sains/Setiausaha PIBG. En Hasmizar mempersilakan pembaca yang melayari blog ini hadir ke majlisnya di 154, Blok 5, Felda Tembangau 1, Kemayan, Pahang.(30 November 2008)
11 Disember 2008 - Majlis Perkahwinan Cik Mariani Abdul Hamid di Baling, Kedah
20 Disember 2008 - Majlis Perkahwinan Cik Rayleena Rolan di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson.

LAWATAN MURID TAHUN 6

11 Nov 2008- Seramai 80 orang murid menyertai lawatan ini. Lawatan bermula di RTM dan seterusnya ke Petrosains. Guru- guru menyertai lawatan ini iaitu Pn Marina, Pn Siti Rusilawati, Pn Kuzunaidah, En Mior, En Hasmizar, Pn Janaki. Murid-murid mendapat banyak info dan pengalaman hasil lawatan ini.

PENYAMPAIAN HADIAH NILAM RAMADHAN,NILAM MORAL & BULAN LITERASI







11 Nov 2008 - Penyampaian hadiah bagi Pertandingan NILAM Bulan Ramadhan, NILAM Moral dan Pertandingan Literasi serta sijil 'Cruise and Learn' telah disampaikan oleh Pn Jamaliah AB Hamid, Guru Pen.Kanan HEM SKBR.

Monday, November 10, 2008

MESYUARAT GURU-GURU BESAR DAERAH KLANG


10 Nov 2008 - Mesyuarat yang bertajuk 'Kajian Halatuju Pendidikan Rendah Dalam Kalangan Guru Besar dan Guru Daerah Klang' telah di adakan di SKBR.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH



10 November 2008 - Majlis penyampaian hadiah bagi panitia Sains, Matematik dan Bestari Solat telah dilaksanakan. En Md Latif Md Bajuri dan En Khalib Abd Hamid telah dijemput untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Pertandingan Memancing Tradisional Pendidikan Khas Daerah Klang 2008 dimenangi oleh M.Haziq b.Abd Razak.
Anugerah Bestari (KEM BESTARI SOLAT)
Mohd Nawfal Mohd Fisal & Nur Azilia Zainu Mukhriz
Hafizul Abd Ghani & Nurul Aina Nazura Zaili
Ahmad Muzaffar Abd Rahim & Irbah Zuraimy

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM




























7 - 9 November 2008 - Seramai 84 orang peserta menyertai perkhemahan kali ke 4 ini. Banyak aktiviti yang mencabar fizikal dan mental dijalankan mulai hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Peserta didedahkan dengan pengalaman yang sukar dilupakan. Majlis penutupan dihadiri oleh Tn Hj Nor Azmi Rahmat dan En Abdul Khalib Abd Hamid. Dalam ucapan penutupan, Tn Hj Nor Azmi mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana berjaya mengharungi segala aktiviti yang mencabar sepanjang perkhemahan tersebut.

HARI KANAK-KANAK, KONVOKESYEN PRASEKOLAH, PENYAMPAIAN SIJIL TAHUN 6






7 November 2008 - Sambutan Hari Kanak-kanak, Konvokesyen Prasekolah dan penyampaian sijil tahun 6 diadakan serentak. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG, En Jazlan Abdul Jalil. Majlis diserikan dengan persembahan murid-murid Kelas Khas, Tahun 31, dan 4I.