Wednesday, October 22, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

03 Nov 08-Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan NILAM & Bulan Literasi. Senarai nama boleh dirujuk di papan kenyataan laluan ke bilik guru.
07 Nov-Penyampaian Hadiah NILAM (Moral) & Literasi Tahun 4,5 dan 6.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN NEGERI SELANGOR


21 Oktober 2008 - SKBR meraih tempat ketiga ANUGERAH NILAM NEGERI SELANGOR.

Saturday, October 18, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

20-24 oKT 2008. selamat menduduki peperiksaan ......

LAWATAN SAMBIL BELAJAR








































18 Okt.2008 - Lawatan ke Putrajaya ( Cruise n Learn) dan kilang coklat Beryl's. Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah Program Masih Ada Yang Sayang dan pemenang program anjuran pusat sumber telah mengadakan lawatan sambil belajar. 'Cruise n Learn',murid-murid didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang Putrajaya. Sepanjang 45 minit belayar dengan 'Cruise Kelah', murid dapat melihat keindahan Putrajaya serta maklumat tentang aspek senibina bangunan-bangunan di Putrajaya.
Kilang Coklat Beryl's pula menayangkan maklumat tentang kepentingan koko dan cara-cara membuat coklat. Murid kemudian dibawa ke galeri pembuatan coklat.Bagaimanapun galeri yang dilawati tidak membenarkan gambar-gambar dirakamkan.
2009 !~Jika murid-murid SKBR ingin menyertai lawatan sambil belajar, sertailah pertandingan-pertandingan anjuran pusat sumber.

PROGRAM MEKAR

14 Okt. 2008 - Unit Bimbingan & Kaunseling menganjurkan Ceramah Awal Remaja oleh Pn Hasni.
15 Okt 2008 - Kem Bestari Solat Fasa Akhir bagi Tahun 2008 berlangsung dengan jayanya.

Sunday, October 12, 2008

KEM NILAM 2008

13- 16 Okt. 2008 - Kem NILAM 2008 akan diadakan di PULAPES, Jugra, Banting.

CERAMAH PROGRAM MEKAR

10 Okt 2008 - Ustaz Mohamad Fuad telah hadir untuk memberikan ceramah. Murid-murid Tahap 2 terlibat dengan Program Mekar(Menangani Emosi Kanak-kanak Awal Remaja) ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA WARGA SKBR

8 Oktober 2008-Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di Dewan Sri Rimau jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Semua guru dan AJK PIBG hadir dalam majlis berkenaan. Ucapan tahniah kepada PIBG SKBR
YDP : En Jazlan Abd JAlil
Naib YDP: Pn Rasyidah Abd Mutalib