Wednesday, September 5, 2007

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Aktiviti akan bermula 10 SEPTEMBER 2007.
Program MEKAR (Menangani Emosi Kanak-kanak Awal Remaja)
Program Intervensi PPSMI (Sains & Matematik)
Pertandingan Nyanyian & Tarian
PROTIM
Program NILAM
Keceriaan Bilik SAL & Pemulihan
Kuiz Matematik
Tadarus. Solat & Amali Wuduk
Perkhemahan
Pertandingan Ala Perkhemahan

UPSR

3 - 5 SEPT.2007 – Buat kali kedua murid-murid Tahun 6 SKBR menduduki UPSR. Seramai 54 calon menduduki UPSR. Tiga hari berturut-turut murid diberi bijirin & susu segar pada setiap hari berkenaan. Diadakan juga bacaan doa oleh Ust Mohd Hafiz. Murid-murid Islam juga diberi minum air Yasin manakala murid-murid bukan Islam diberi kismis sumbangan Panitia Agama Islam.

BACAAN YASIN, CERAMAH KEIBUBAPAAN & QIAMULLAIL


29 OGOS 2007 - Bacaan Yasin untuk murid-murid menghadapi UPSR. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya’. Ceramah Motivasi oleh En Saiful Anuar Basran. Motivasi ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pelajar yang penyayang dengan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan. Selain itu juga, menanam semangat belajar, semangat kerja dan semangat kekeluargaan. Qiamullail bermula pada pukul 4 pagi sehingga solat subuh. Selepas solat Subuh masa dipenuhi dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz. Selepas sarapan pagi, murid-murid masuk ke kelas seperti biasa.

LAWATAN MURID-MURID TADIKA AN-NIZAH

29 OGOS 2007 - Seramai lebih kurang 200 orang murid-murid Tadika An-Nizah telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Tujuan lawatan diadakan untuk mengenalkan murid-murid tadika situasi pembelajaran dan pengajaran di sekolah sebenar. Murid-murid juga dibawa ke Bilik-bilik Khas seperti Makmal Komputer, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik, Kelas-kelas, Padang Sekolah dan Kantin Sekolah.

Tuesday, September 4, 2007

AMBANG MERDEKA







30 OGOS 2007 - Sambutan Ambang Kemerdekaan merupakan kemuncak sesuatu pertandingan, perancangan atau kegiatan yang menjurus kepada pengekalan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid sekolah dan warga pendidik. Dengan program ini akan mengujudkan insan yang berdisiplin dan berwibawa untuk negara Malaysia.
Majlis diserikan dengan Tayangan Sejarah Kemerdekaan.

LAWATAN PSS & KELAB PERPUSTAKAAN




15 OGOS 2007 - Seramai 40 orang murid dan empat orang guru iaitu Pn Soraya Nita Othman, Pn Azalina Awal, Cik Ku Zunaidah Ku Ahmad dan Cik Nor Khairiah Said telah menyertai lawatan anjuran bersama Badan Pengawas Pusat Sumber (unit Kurikulum) dan Kelab Perpustakaan Sekolah (unit Kokurikulum) ke Planetarium, Eye On Malaysia dan Pusat Rekreasi Berkuda.
Di Planetarium, murid-murid melihat pameran, balai cerap, tayangan 'Human Body' dan pertunjukan 'Ancaman Dari Angkasa'. Selepas itu mereka membuat aktiviti yang dikendalikan oleh pihak planetarium di bilik aktiviti. Di Eye On Malaysia, mereka dapat melihat pemandangan KL dari sudut 360 darjah. Seterusnya mereka dapat pengalaman menunggang kuda dan kereta kuda di Pusat Rekreasi Berkuda. Banyak peristiwa lucu memahat ingatan mereka di sini. Lawatan ini mengikut perancangan asal dan berjalan dengan lancar.


Sarapan pagi dan makan tengah hari telah disumbang oleh Pn Zuraidah Zahari iaitu ibu kepada Nur Adnin, Nur Qistina dan Mohd Naim Mohd Firdaus.
Hasil soal selidik yang dijalankan kepada peserta lawatan, kebanyakannya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan baru.
Pada tahun hadapan Badan Pengawas Pusat Sumber dan Kelab Perpustakaan Sekolah merancang untuk mengadakan lawatan ke Melaka.

Guru Perpustakaan dan Media
Pn Soraya Nita Othman
Guru Kelab Perpustakaan Sekolah
Pn Azalina Awal
Cik Ku Zunaidah Ku Ahmad
Pn Laila Mohamed Salleh
Pn Hasnah Hj Sapian

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.


15 OGOS 2007 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nor Azmi Rahmat,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Majlis diserikan lagi dengan persembahan koir oleh kumpulan koir sekolah Kebangsaan Bukit Rimau sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Sempena pelancaran bulan kemerdekaan ini pihak sekolah telah mengaturkan pelbagai aktiviti yang berkaitan sambutan kemerdekaan. Aktiviti ini diadakan untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid.

LAWATAN KELAB SAINS & MATEMATIK




14 OGOS 2007 - Seramai 40 orang murid dan empat orang guru iaitu Pn Zuraini Abd Radzak, Ustaz A.Azli Ahmad Basir, En Hasmizar Sahaili dan Nurul Afina Raiduan telah menyertai lawatan ke Kuala Lumpur anjuran Kelab Sains & Matematik. Kelab Sains & Matematik telah memberi kepercayaan kepada Syarikat Mentallink menguruskan dan menyediakan pemandu pelancong bagi lawatan ini. Tempat yang dilawati ialah Planetarium, Muzium TUDM dan Petrosains. Muzium TUDM murid diberi ceramah tentang hal-hal yang berkaitan dengan pergerakan pesawat. Murid melihat jenis-jenis kapal terbang tentera yang lama. Di Petrosains mereka melihat pameran yang ada di situ. Mengikut perancangan awal, mereka akan pergi melawat ke Aeroangkasa di Subang iaitu pameran kapal angkasa dari Rusia. Tetapi tempat lawatan terpaksa ditukar disebabkan pembatalan pameran Aero angkasa di Subang.



Guru-guru Kelab Sains & Matematik
Pn Zuraini Abd Radzak
Pn Roszaida Zainal Abdin
Cik Roszakiah Ismail
Pn Zalila Muslim
Pn Herdawati Hj Mustafa

PERTANDINGAN FOLIO KERJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tajuk: SAINS DAN TEKNOLOGI PENERAJU WAWASAN NEGARA
Tarikh: 23 Julai 07
Tempat: Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam

Tahniah kepada:
Umar Mukhtar Ahmad Kamal
Fara Carina Khairi
Mathisodan Rajasekar
Danial Hanifa Raziri


Guru Pembimbing
Pn Laila Mohamed Salleh
En Asrulnizan Mohamad

Peringkat daerah telah dijalankan pada 20 Jun 2007 di SK Abdul Samat, Kapar.

KEM NILAM PERINGKAT DAERAH

8 – 10 OGOS 2007 – 2 orang murid terpilih menyertai Kem NILAM Peringkat Daerah Klang iaitu Umar Mukhtar Ahmad Kamal dan Ikmal Hadi Mohamad Nidzam. Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu Ice Breaking, Menjejak Maklumat, Ceramah, dan pelbagai aktiviti yang mencungkil minda pelajar-pelajar yang terpilih. Majlis Perasmian Penutupan diadakan pada 10 Ogos 2007 di SK Sg Udang oleh Tn Hj Mahmud bin Karim, Pegawai PPD Daerah Klang.

PROGRAM STRATEGI MENJAWAB SOALAN UPSR SIRI 2

1,2,8 dan 14 Ogos 2007 – Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau sekali lagi telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR. Para penceramah terdiri daripada Pn Marina M.Idris Gaspar, Pn Hjh Morni Hj Hussin, En Saiful Anuar Basran dan En Ahmad Bahtiar A.Sadri. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Laila Mohamed Salleh(Guru Bimbingan),Pn Siti Rusilawati Yusuf (BM), Pn Janaki Nallianne (BI), Pn Marina Mohd Tahir (Sains) dan Pn Roszaida Zainal Abdin (Matematik). Guru-guru lain yang terlibat ialah AJK Unit Bimbingan & Kaunseling.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA, MINGGU PSS & MINGGU PANITIA MATA PELAJARAN

30 JULAI 2007 - Majlis penutupan Bulan Membaca, Minggu Pusat Sumber & Minggu Panitia Mata pelajaran disempurnakan oleh Pn Jamaliah Ab. Hamid di Dataran Perhimpunan pada jam 7.30. Dalam ucapannya beliau menegaskan supaya murid-murid mengisi masa lapang dengan membaca. Membaca dapat menjadikan seseorang itu lengkap, berdiskusi menjadikan seseorang itu bersedia manakala menulis menjadikan seseorang itu tepat.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Program NILAM Bersama Keluarga 2007.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM R.I.M.U.P KELOMPOK A3


18 JULAI 2007 - 4 program RIMUP telah dilaksanakan pada tahun ini. Ini bermakna sepanjang 2 tahun ini, 8 program telah dilaksanakan. Pada tahun ini program dimulai dengan Motivasi UPSR di SJK(C) Khee Beng untuk murid-murid Tahun 6.
Program kedua ialah Kempen Kitar Semula, Melukis Banner dan Pertukaran Murid di SK Bukit Kemuning. Program ketiga pula ialah Bulan Patriotik dan Pertandingan Memasak di SJK(T) Ladang Emerald. Program berakhir di SK Bukit Rimau iaitu Sukan & Permainan. Bola jaring dan futsal dipertandingkan. Seterusnya Majlis Penutupan Program RIMUP diadakan di Dewan Sri Rimau. Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Haniah Hj Hussin, Penolong Pegawai PPD Klang.
Tahun 2008 bakal menyaksikan SK Bukit Rimau menjadi Pengerusi RIMUP Kelompok A3. Tahniah dan Syabas.

TAHNIAH ! PELANTIKAN GPK HEM BARU


15 JULAI 2007 – Pn Jamaliah Ab Hamid dilantik secara rasmi memegang amanah sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai GPK Kokurikulum sebelum berkursus di Institut Aminuddin Baki, Kursus Profesionalisme Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH).

Beliau mulai berkursus mulai 4 Julai 2006 dan berakhir pada 4 Julai 2007. Program Sandaran dilaksanakan di sekolah Bukit Rimau mulai 8 Januari 2007 hingga 30 Jun 2007. Program-program yang dilaksanakan di sekolah ialah yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran. Beliau telah melaksanakan Program Sinar 2M, Keceriaan Taman, Aerobikthon dan Perancangan Strategik SKBr 2008 - 2012.

Kini beliau memegang unit Hal Ehwal Murid yang merangkumi bidang Disiplin & Salahlaku, Pengawas Sekolah, Kantin Sekolah, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rekod Kesihatan Murid, Bimbingan & Kaunseling, data SMM, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS), Program Susu Sekolah (PSS), Program 3K,RIMUP, Kebajikan Murid, Keselamatan Sekolah, Keceriaan, Peti Aduan,Sijil Berhenti, Pendaftaran & pertukaran, Jagual Kedatangan dan Program Doktor Muda serta Kelab Pencegahan Jenayah.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH


20 JULAI 2007 – Majlis Pelancaran Kempen Antidadah telah dijalankan pada 16 Julai 2007. Seterusnya ceramah Antidadah telah diadakan pada 20 Julai 2007 di Dewan Sri Rimau. Cik Norliza Komeng telah diundang khas bagi menyampaikan ceramah dan pihak ADK(Agensi Dadah Kebangsaan) telah membuat pameran berkenaan dadah. Banyak pengetahuan dapat dikongsi bersama.
Ceramah diselitkan dengan soalan-soalan kuiz dan majlis berakhir pada jam 10.45pagi. Penyampaian cenderamata kepada pihak ADK disampaikan oleh En Kamarul Asnan Adan.Program ini di bawah HEM, Unit Bimbingan & Kaunseling.

Semoga kita semua dijauhi daripada najis dadah!

PROGRAM NILAM BERSAMA KELUARGA 2007

2 JULAI 2007 – Pelancaran Program NILAM Bersama Keluarga diadakan di Dataran Perhimpunan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberikan sokongan kepada program ini.

TAHAP 1
NUR ASMA LAILY MUSTAFA
3I
NUR ZULAIKHA ZAKARIA
3R
NURHAZIRAH IZZATY MUHD SOFRI
3R

TAHAP 1

NURUL HADHIRAH HASNAN
4I
S.DIWASHINI
4I
NORSUHANA ABD GHAFAR
4I
AMIRAH FAHIRA ZAKARIA
4I
S.DIVIKHA
4I
MALAYSIA VENECIA ZAMAN RIERA
4I
IRVIN GOH YU WEN
4R
AISHAH MADIHAH AZMI
5I
DESHVEN KAUR SIDHU
5I
YOUNG SHAO JANE
5R
VASANTHY
5R
SHARVITA RAMA RAO
5R
NURUL FATANA ADIBAH RIZAL EFFENDI
5R
TEOH JIAN HWANG
5R
FARAH AISYAH M.SOFYAN
5R

Penghantaran dalam bentuk 'soft copy'
TAHAP 1 & 2

ATHIRAH FAIQAH MD YUNUS
3R
NADIAH MOHD ASLAM
3R
NURUL HANA MOHD SHARIFFUDIN
3M
SITI MAISARAH MOHD HAMZANI
2M
SITI AISYAH MOHD SHARIFFUDIN
4M
HARUN RASHID MOHD SHARIFFUDIN
5R
UMAR MUKHTAR AHMAD KAMAL
5R
UMAR MUSLIM AHMAD KAMAL
3R

BULAN MEMBACA DAN MINGGU PUSAT SUMBER SERTA MINGGU PANITIA MATA PELAJARAN.


2 JULAI 2007 – Majlis Perasmian Minggu Pusat Sumber dan Panitia Mata pelajaran dan Bulan Membaca. Majlis disempurnakan oleh En Latif Md Bajuri Guru Penolong Kanan Kurikulum. Replika buku diserahkan oleh En Kamarul Asnan kepada En Md Latif sebagai simbol tema ’Ke Arah Minda Kelas Pertama’. Majlis diserikan dengan kior ’Mari Membaca’ di bawah pimpinan Cik Nor Khairiah Said. Pelbagai pertandingan dijalankan sepanjang bulan ini anjuran Pusat Sumber (Pn Soraya Nita Othman), Panitia Bahasa Melayu (Pn Rusnita Kaldin), Bahasa Inggeris (Pn Nor Salwa Mohamad Yusof), Matematik (Pn Roszaida Zainal Abdin), Sains (Pn Marina Mohd Tahir), Pendidikan Islam (Ustaz Md Hafiz Md Hussin) dan Pendidikan Moral (Ustaz A.Azli Ahmad Basir).

MAJLIS PERSARAAN PILIHAN TUAN HAJI ISMARI BIN DARUN PJK,PPC. (GPK HEM SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU)











Majlis persaraan ini telah diadakan bersamaan Program Gotong-royong Perdana. Majlis ini bermula pada pukul 11 pagi di Dewan Sri Rimau .Murid –murid membuat persembahan khas untuk Tuan Haji Ismari Darun. Tuan Haji Ismari menyampaikan ucapan terakhir sebagai warga pendidik. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan guru-guru supaya bekerja dengan ikhlas. .Ditegaskan juga kepentingan rezeki yang halal untuk membina ummah yang gemilang. Majlis penyampaian cenderamata telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nor Azmi Rahmat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Warga Sekolah Bukit Rimau mengucapkan selamat bersara dan moga ceria menghadapi kehidupan yang mendatang. Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari oleh Badan Kebajikan Guru.

Monday, September 3, 2007

GOTONG-ROYONG PERDANA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH




Gotong-royong Perdana ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 30 Jun 2007. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.10 tengah hari. Gotong –royong ini juga melibatkan pihak PIBG ,ibu bapa dan guru-guru Sekolah Kebangsan Bukit Rimau.Gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk mengindahkan ,menceriakan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Gotong-royong ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang cukup menggalakkan daripada pihak ibu bapa,PIBG ,murid-murid dan juga warga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Hasilnya, kawasan sekolah dan kelas-kelas menjadi lebih ceria. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini. Progaram berakhir dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

PROGRAM TOWARDS DYNAMIC LEADERS




Pada 22 hingga 24 Jun 2007 Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam (Dr Faizah Abdul Majid) dengan kerjasama Unit Kokurikulum(En Kamarul Asnan Adan) serta Unit Bimbingan & Kaunseling (Pn Laila Mohamed Salleh) Sekolah Keb. Bukit Rimau telah mengadakan Program Towards Dynamic Leaders . Program ini telah dirasmikan oleh En Anuar bin Ahmad, Presiden Alumni UiTM.
Penganjuran program ini dengan matlamat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa yang berteraskan ciri-ciri kepimpinan sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan pada masa kini.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan integrasi dalam kalangan pemimpin pelajar SKBR. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi daya kepimpinan, perhubungan sosial dan kecergasan fizikal.

Aktiviti Burung Hantu sangat menarik untuk diteliti berkenaan bagaimana kehebatan fokus seseorang pelajar itu dalam menterjemahkan sesuatu. Jika kemahiran mendengar pada keadaan yang sunyi seperti itu pun kita sudah banyak membuat spekulasi, andaian, dan salah tafsir, pastinya lebih banyak lagi cacat celanya jika diaplikasikan dalam proses komunikasi sesama manusia. Bayangkan, dalam keadaan minda boleh fokus sepenuhnya terhadap kemahiran mendengar pun kita banyak melakukan kesalahan dalam proses penilaian, bagaimana pula ingin kita gunakan dalam keadan normal dengan penumpuan yang berbelah bahagi (melihat, bereaksi, membalas bicara, gerak badan)
Majlis penutupan Program Maju Diri disempurnakan oleh Tn Hj Nor Azmi bin Rahmat, Guru Besar SKBR pada 24 Jun (Ahad) jam 11.15 di Dewan Sri Rimau. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, En Jazlan Abdul Jalil.

MOTIVASI IBU BAPA




23 JUN 2007 - Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam mempersiapi diri menjadi ibu bapa yang cemerlang. Di samping itu juga program ini dapat merapatkan hubungan ibu bapa dengan guru-guru. Program ini berjalan dengan lancar atas kejasama yang diberkan oleh ibu bapa, guru-guru dan juga murid-murid.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

STRATEGI MENJAWAB SOALAN UPSR SIRI 1

8,9,10 dan 17 MEI 2007 – Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau sekali lagi telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengukuhan strategi menjawab soalan UPSR kepada murid-murid Tahun 6. Dengan adanya program ini diharapkan mereka dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid-murid. Para penceramah terdiri daripada Pn Manizah Kassim, En Othman Zakaria, En Saiful Anuar Basran dan En Nor Ihsan Mohd Sharif. Guru-guru yang terlibat diketuai oleh Pn Laila Mohamaed Salleh(Guru Bimbingan),Pn Siti Rusilawati Yusuf (BM), Pn Janaki Nallianne (BI), Pn Mariman Mohd Tahir (Sains) dan Pn Roszaida Zainal Abdin (Matematik). Guru-guru lain sebagai jawatankuasa pelaksana program.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 untuk Tahun 1 telah diadakan pada 8 Mei 2007. Bagi Tahun 2 pada 10 Mei 2007 bertempat di surau sekolah ini .

CERAMAH ANTI VANDALISME

25 April-Kelab Pencegah Jenayah telah menganjurkan ceramah ini. Ceramah disampaikan oleh En Mazlan Ishak (Telekom Malaysia) dan En Muhamad Radhi Nawawi.(Payphone Shah Alam). Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid kepentingan menjaga harta awam. Murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 yang terlibat dan dijalankan pada waktu Kokurikulum.

Guru Kelab Pencegah Jenayah :
Pn Siti Rusilawati Yusof
En Hasmizar Sahaili
Pn Nurul Afina Raiduan

SUKAN SEKOLAH KALI KETIGA

SAMBUTAN MAULIDURRASUL